Share

Setiap kamu pasti memiliki bakat terpendam sebagai tukang masak di rumah. Apabila memasak, kamu gembira sekali dapat menjamu ahli keluarga atau teman-teman. Jadi, apa salahnya berkongsi menu kamu dengan penonton TV3 pula.Sebuah rancangan memasak dibawakan Pensonic kembali lagi. Rancangan ‘We Want You To Be On TV’ ini dikendalikan oleh Dato’ Chef Haji Ismail dan selebriti tempatan yang bersiaran di TV3.

Bagaimana Mahu Sertai:

  • Like Pensonic Facebook (www.facebook.com/pensonicmalaysia) dan e-mel mengenai diri kamu terperinci pada fb@pensonic.com, tarikh tutup 3 Mac 2017
  • E-mel: nama resipi & picture, gambar cara penyediaan sajian dan resipi penuh.
  • E-mel: perihal diri seperti nama penuh seperti di dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon bimbit dan e-mel.

Jadilah salah seorang daripada tujuh (7) pemenang yang akan berpeluang memasak bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan dalam rancangan televisyen ini. Rakaman akan dilakukan di restoran yang dipilih oleh penaja. Penaja akan menghubungi pemenang dan memberikan keterangan lanjut mengenai sesi penggambaran.

Peraduan tertakluk kepada terma & syarat

bonda

RESIPI BONDA

Sebagai anak bungsu saya paling malas ke dapur kerana empat kakak akan membantu emak di dapur. Pada suatu saat, saya yang masih bujang ini pulang ke kampung menjaga emak dan arwahayah yang serentak kurang sihat.

Menggalas tugas di rumah menggantikan tempat emak, saya melakukan kerja rumah termasuk mengemas, membasuh pakaian dan juga masuk ke dapur memasak. Tapi manakan sama dengan air tangan emak.

Sepanjang setahun itu saya belajar memasak dengan emak dan menulis setiap resipi bonda. Saya mencatatnya setiap satu dengan betul agar rasa tidak tersasar. Maklumlah, emak tidak lagi sihat dan kini tidak mampu lagi turun ke dapur.

Bangga juga anak-anak saudar memuji, masakan saya paling hampir rasanya dengan masakan emak. Rindu pada air tangan emak tidak terkira tetapi hakikat kehidupan sememannya begitu. Kini saya sudah boleh memasak apa sahaja menu Kelantan yang biasanya disajikan emak waktu kecil sehinggalah dewasa.

IMG_0820 IMG_0742

Menu Utama

IMG_0848IMG_0790

Sayur Ringkas

IMG_0902IMG_0874

Pemanis Mulut

Seandainya saya berjaya menyertai rancangan ini, semestinya saya mahu berkongsi resipi bonda tercinta. Setiap kamu semestinya punya menu paling bermakna mahu dikongsi.

RBU28Z7

CHEF TERHEBAT MALAYSIA

Setiap ada araca bersama rakan atau rindu menu Melayu, saya pasti ke Rebung. Menu disediakan sungguh enak dan pasti mengembalikan ingatan pada zaman kanak-kanak. Kamu dapat rasakan menikmati sajian seperti di rumah.

Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan duta masakan tempatan Malaysia yang terkenal. Beliau sering dijemput dalam dan luar negara untuk memperkenalkan hidangan tradisional tempatan yang enak melalui demonstrasi masakan beliau.

Sekian lama bersama Pensonic, Chef Ismail bersama selebriti tempatan akan mengundang kamu menjadi teman memasak dalam rancangan ‘We Want You To Be On TV’. Pastikan kamu menyertai peraduan ini segera.

 PENSONIC PENEMAN DI DAPUR

Kumpulan Pensonic telah mempunyai warisan selama 52 tahun sejak ia mula-mula ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai ‘Keat Radio and Electrical Co.’ di Balik Pulau, Pulau Pinang. Apabila perniagaan bertambah maju, jenama Pensonic, yang bermaksud ”Sound of Penang” telah ditubuhkan pada tahun 1982.

Satu jenama tempatan yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia, Pensonic adalah pengeluar Peralatan Rumah Elektrik Malaysia terkemuka yang telah menerima sebilangan penghargaan kecemerlangan reka bentuk dan inisiatif penjenamaan.

Pensonic, yang disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk kami dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN, Timur dan Asia Barat, dan Timur Tengah.

Website & FB Page: www.pensonic.comwww.facebook.com/pensonicmalaysia

#pensonicmy #pensonic