Share

Andai kamu sedang mencari ruang acara untuk apa sahaja rancangan kamu, ruang De’Laman ini pasti destinasi paling sesuai. Intai apa istimewanya ruang ini.

Pelancaran bangunan De’Laman Event Space berlangsung hari ini, dirasmikan oleh YDH Dato Haji Emran Bin Haji Kadir iaitu Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling. Acara berlangsung gilang-gemilang dengan berlangsungnya pertunjukan fesyen, contoh majlis perkahwinan dan pameran fesyen.

16681515_247459748998767_4838403362519149403_n 16865072_247449245666484_6770821806998054702_n

Sebahagian aktiviti yang dipamerkan malam ini bertujuan memperkenalkan lokasi bangunan De’Laman sebuah bangunan tiga (3) tingkat yang terletak di Bukit Jelutong, yang menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis dan acara perkahwinan, akad nikah, ulang tahun, pertunjukan fesyen, parti, seminar dan sebagainya.

Pertunjukan fesyen dilakukan oleh Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapura yang memperagakan koleksi perkahwinan terbaharu mereka. Ia sejajar dengan tujuan destinasi De’Laman sebagai pilihan venue perkahwinan atau akad nikah pasangan yang bakal berkahwin.

16830835_247452995666109_7914029744179794522_n 16864900_247447232333352_6253413739145373657_n

Malahan ditonjolkan juga rekaan pelamin dan persandingan model pengantin di ruang halaman De’Laman. Tujuannya agar hadirin mendapat gambaran sebenar bagaimana sebuah acara berlangsung di seluruh kawasan bangunan ini.

De’Laman Event Space yang beroperasi desember lalu berkeluasan 6500 kaki persegi. Lokasi pilihan semestinya mudah untuk dicari, stategik, dan tempat parking yang luas.

Bangunannya bersiling tinggi, mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau , ruang istirehat, PA System, Projector, dewan berhawa dingin, canopy dan lain lain. Luar dewan juga luas untuk berlangsung acara, cukup selesa.

Untuk maklumat lanjut layari facebook De’Laman