Archive for June, 2009
30

Ini keluaran terbaru Maskulin (Mixie, aku support majalah kau tau). Cover terbaru Miller pelakon Indonesia berasal dari Malaysia.
Aku terjumpa artikel aku menulis untuk majalah Maskulin suatu masa dulu. Masa tu pun aku masih bertugas di Karangkraf. Hm, lama juga tu. Ruangan Perhubungan itu aku isi setiap bulan. Judul dia aku sudah lupa tetapi artikelnya seperti di bawah….
Ejoy your reading…
Ketika mengikuti kursus bina insan anjuran kerajaan Selangor sebulan lalu, salah seorang fasilitator membentangkan topik yang cukup menarik, ‘Soal Hati’. Semua yang hadir ditanya, pernah kah hati terusik melalui pandangan pertama? Padahal itulah pertama kalinya bersua, belum pernah kenal atau berbual-bual. Tiba-tiba sahaja hati jatuh suka pada si dia. Lahir sebuah perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan. Tidak mengapa katanya. Soalnya hati! Bagaimana pula jika pertemuan yang berlangsung di tempat dan waktu yang salah.
Kembali kepada hati mulus seorang wanita yang mudah terusik terutama mendapati anda adalah orangnya. Dia yakin dengan hatinya, bukan lagi perasaan yang datang dan pergi seperti sebelum ini. Sesuatu yang luhur telah hadir meresap ke lubuk hati di luar sedar si gadis. Dasyat sungguh penangan cinta. Sekali lagi, soalnya hati. Dia tidak pernah mengundang rasa cinta atau sayang itu bertandang. Lebih-lebih lagi kalau datangnya diiringi sebuah penyeksaan dan penderaan jiwa dek pertemuan yang berlangsung di sebuah kelab di mana semua orang hanya mahukan hiburan yang berbentuk sementara. Sayangnya perkenalan di ruang ini juga hanya berteraskan, ‘touch and go’.
Tamparan lebih hebat lagi apabila si gadis tahu pandangan masyarakat terhadap wanita yang berada di tempat serupa itu. Biarpun cara sosial atau niat seseorang takkan serupa, yang hitam itu tetap hitam. Malah, anggota sosial itu sendiri memandang serong sesama mereka biarpun sedang berada di bawah satu bumbung. Padahal sama-sama berbuat ‘hevoc’. Mungkinkah masing-masing merasakan diri paling bagus. Ah, aku kemari hanya untuk suka-suka. Aku gemar berdansa diiringi dengan muzik segar lagi terkini. Apabila hati sudah terusik, maka jiwa tidak lagi tenteram biarpun berada di dalam suasana yang bingit. Dia menjadi murung kerana menerima hakikat perhubugan ini tidak akan ke mana-mana. Kesal sekali dengan situasi begini. Alangkah indah sekiranya pertemuan berlangsung di dalam suasana yang berbeza. Tidaklah diri dipandang serong sebegini oleh si pujaan hati.
Lelaki! Buat lelaki yang hebat dari segi sosial. Tidak mengira pergaulan atau adaptasi gaya hidup. Sejahat mana pun dia, wanita suci juga yang bakal dicari. Bukan menuduh tetapi sebuah hakiki. Seorang rakan yang juga dari kaum lelaki selalu menegaskan pendiriannya. Setiap kali pulang dari kelab, akan merungut mahu lekas bertemu jodoh. Angan-angannya tinggi, mahukan seorang gadis yang baik-baik. Kami sebagai teman yang terdiri dari wanita yang tidak tergolong dalam gadis yang ingin dicarinya tentu saja kurang bersetuju. Jenuh dia dikutuk sebagai lelaki tidak sedarkan diri. “Jeff, awak tu jahat. Beranganlah nak dapat perempuan suci,” bangkang Anne penuh emosi.
“Dapat! Mesti dapat punye. Gua akan cari gadis yang cantik lagi suci,” ujar Jeff separuh sedar. Diri sendiri tidak mampu memandu lagi. Pulang pun terpaksa di hantar kami. Anne seraya memandu tidak habis-habis mengomel panjang pendek. “Orang yang baik hanya akan dijodohkan dengan insan yang baik sahaja. Sudah tertulis begitu Jeff. Orang jahat akan dapat yang jahat lah. Mana you tahu dia baik. You berkenalan dalam situasi yang berbeza. Benarkah dia tidak pernah melalui zaman silam yang penuh godaan. You’ll never know. She might be has their own social life with other group in different ways. You tidak boleh bersikap tidak adil terhadap gadis-gadis yang lebih terbuka seperti kami. Tidak semua dalam satu tandang itu busuk. You mesti bagi peluang. Gadis yang you berkenalan di dalam kelab tadi nampak okay saja,” Anne cuba bertolenrasi. “Wa tak minah ah. Gua tak minta pun nombor telefon dia,” dush, tertidur sebelum sempat isu ini dikupas lebih lanjut.
Niat sebenar Jeff ada kebenarannya. Siapa yang mahu cari pasangan hidup yang tunggang-langgang. Wanita sendiri tidak kurang begitu. Kalau boleh mahu mengelak dari memilih lelaki seperti Jeff untuk dijadikan teman lelaki. Anna sendiri tentunya inginkan lelaki yang mampu membimbingnya kelak. Namun, jika masing-masing mahu yang terbaik, diri sendiri perlu memiliki personaliti baik. Mulalah segala keburukan mahu disembunyikan. Maka wujud pula sifat-sifat hipokrit. Bukan kah lebih selesa jika anda menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Seperti yang diketahui, wanita mungkin mampu menerima keburukan diri pasangannya. Tidak mengapa baginya kerana masing-masing boleh memperbaiki diri. Setiap orang memiliki masa silam yang hitam.
Begitulah yang dialami si gadis yang mula-mula tadi. Soalnya hati! Hati dia terbuka untuk menerima baik buruk anda. Ternyata wanita masih boleh bertoleransi di dalam apa jua perkara. Wanita sering mengalah! Mereka juga lebih penyayang! A’ah, lelaki usah menafikan kerana sifat wanita yang satu ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah sendiri sebagai memiliki sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu juga lah doa ibu yang lebih berkesan.
28
Ini bulan kedua aku bertugas di Blackbox Pictures dan keadaan semakin sibuk. Sedang aku develop drama siri a.k.a. my baby S.H.E. yang aku mula buat proposal sejak 2006 lagi tu, masuk juga rancangan bola sepak, kemudian client nak games show jugak. Tup tup… Pakar Kejelitaan Musim 3 hendak di mula penggambarannya kerana mengejar deadline dari TV3. Apa lagi segala-galanya bertumpu pada Pakar Kejelitaan dululah.
Aku mula berkampung di Yun Nam Hair Care Sdn Bhd di bangunan IGB midval. Mereka sediakan aku cubicle kecil dengan pc dan phone untuk aku selesa buat skrip. Saintifik script dengan fakta perubatan. Mahu aku pitam ni. Tapi mujur Quiss dari Yun Nam sangat membantu. Dia yang buat temu janji dengan 36 customer dan 36 lagi consultant New York Skin Solutions, Yun Nam Hair Care dan London Weight Management. Sehari ada kalanya aku interview sampai 5, 6 orang. Berbuih mulut gak la. Jumaat lalu pun buat casting dengan Zizan Nin dan Yasmin Hani. Yang lain-lain no show… susahlah gitu. Ada yang katanya tengok saja rancangan mereka yang lain-lain. Pada aku casting tidak semestinya kau tak hebat sebab setahu aku Tom Cruise dan Madonna (untuk filem Evita) pun pergi casting.
Memang ingat perlukan assistant dan ada bajet untuk itu tetapi tak apalah. Aku cuba lah dulu. Dirasakan lagi pening kalau ada dua kepala. Yang biasa aku kerjasama sibuk dengan tugas tetapnya. Jadi kalau-kalau ada ke Midval, buzz me. Entah-entah aku ada di situ boleh kita lunch sama ya. Tapi aku tetap develop projek yang lain-lain juga. S.H.E aku sedang buat presentation proposal lengkap sebab tak lama lagi nak jumpa client. Aku masih belajar jadi aku serahkan kepada Touyin yang present nanti. Katanya, you tengok I buat. Salute!
Dalam kesibukan ni, sempat aku ke party.. sambut hari jadi Nisa’ Halid. Juga melepak. tapi tak la kerap macam dulu. Berkawan tetap berkawan, jangan bila dah busy juga dah tak ingat nak jumpa kawan. Aku rasa kalau sampai tak ada masa tu tipulah. Dalam hidup ni, jadual harian kita, kita yang atur sendiri. Aku kesal juga ada kawan-kawan sudah lupa nak sambut hari jadi kawan-kawan, atau membalas sms kawan-kawan. Sebab dah ada di antara kawan-kawan juga yang tanya kenapa kawan-kawan lain tak reti dah nak balas sms.
Ah, aku tak kisah sangat. Aku enjoy dengan kerja aku kini. Keluarga pula sokong. Baru ni jumpa kakak dari Johor di rumah kak long kat kajang. Mereka tumpang seronok. Lepas ni nak pergi jumpa Ayu kat Uptown. Mungkin Rina dan Nadzim join sebab tiba-tiba mereka call dari KLCC. Datingkah? hmm.. Ayu pula katanya jangan lambat sebab dia nak cover Mentor untuk gua.com.my dia. Selamat bertugaslah. Oda ajak makan pula, mungkin aku tanya dia nak ikut ke uptown tak? Pada aku keluarga dan kawan sangat penting jadi aku selagi daya akan hargai mereka. Jangan lupa diri itu penting.
Well, see you next time…
