Archive for February, 2010
11

Dia Bukan Jodoh Dari Tuhan
Kita berasa kita mampu menjaga dia dengan baik kerana kita menyayangi dia. Kemudian kita merayu-rayu kepada Tuhan agar ‘bukakan lah pintu hatinya untukku’ walhal sudah jelas hatinya tertutup kerana ketentuan Tuhan begitu. Kalau dia jodoh dari Tuhan pasti segala-galanya sudah selesai. Dia dah pun jadi milik kita. Ada juga di antara kita meminta kepada alam semesta, ‘angin sampaikan salam rindu’ atau ‘langit kiranya dia merenungmu katakan aku cinta padanya’ dan macam-macam lagilah kalau kita sudah kena angau cinta. Kemudian apabila kita tak ditakdirkan hidup bersama dia, kita mendengar orang menenteramkan hati kita, ‘kau akan bertemu orang yang lebih baik lagi’ padahal hakikatnya dialah yang terbaik ditemui selepas dua tiga orang kita temui sebelumnya, jadi siapa lagi yang lebih baik? Atau pernah dengar kata-kata ini, ‘doakan dia bahagia’ huh, mana mungkin hati kecewa kita mahu jujur mendoakan kebaikan mereka. Tadikan kita dah konfiden akan lebih sayang dan kononnya terbaik untuknya pada setiap sudut. Hati pasti akan terlintas tengoklah, apa akan jadi akan datang—Bagi yang memilih cantik, cantik itu akan luntur, yang memilih kurus, kurus boleh jadi gemuk, yang memilih kaya, kaya boleh jadi papa. Ada dendam kesumat di situ. Walhal, kita tak sedar pada kuasa cinta. Bagi yang bercinta seperti dia pastinya akan menerima seadanya jodoh pilihannya—Biar yang cantik boleh luntur, yang kurus jadi gemuk atau yang kaya jadi papa. Kita juga tak sedar dalam kita bertegas kita lah paling cinta dia, paling sayang dia, paling mampu menjaga dia, manalah tahu, orang lain itu juga lebih cinta dia, lebih sayang dia dan lebih baik menjaga dia daripada kita.

Terkadang kita tak tahu apa rahsia kehidupan ni. Hidup yang penuh mistik, tak kira pahit atau manis, mahu atau tidak kita kena tempuhi juga. Kalau nak faham mengenai hubungan cinta dan persahabatan lebih lanjut, pergi pawagam, tontonlah Valentine’s day. Kisah kehidupan sekumpulan manusia yang biasa ada di sekeliling kita dan mungkin salah seorang daripadanya ialah kita sendiri. Pelakonnya hebat-hebat, Ashton Kutcher, Jennifer Garner, Jessica Alba, Jessica Biel, Bradley Cooper, Eric Dane, Patrick Dempsey, Jamie Foxx, Anne Hathaway, Queen Katifah, Taylor Lautner, Taylor Swift dan JULIA ROBERTS. Pengarahnya ialah pengarah sama untuk filem Preety Woman.

“I bet you’ve had a hard time walking into a room full of people on your own, right? Yeah. I know that. I know what it is not to feel like you’re in the room until he looks at you or touches your hand or even makes a joke at your expense, just to let everyone know… you’re with him. You’re his.” –Patricia, P.S. I Love You
“I’m just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her.” –Anna, Notting Hill
“I’ve got ten bucks in my pocket, I have no-nothing to offer you and I know that. I understand. But I’m too involved now. You jump, I jump, remember?” –Jack, Titanic
“Honestly, if you’re not willing to sound stupid you don’t deserve to be in love.” –Emily, A Lot Like Love
“So it’s not gonna be easy. It’s gonna be really hard. We’re gonna have to work at this every day, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, you and me, every day.” –Noah, The Notebook
“Every morning I still wake up and the first thing I want to see is your face.” –Gerry, P.S. I Love You

“I hate the way you talk to me, and the way you cut your hair. I hate the way you drive my car. I hate it when you stare. I hate your big dumb combat boots, and the way you read my mind. I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme. I hate it, I hate the way you’re always right. I hate it when you lie. I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. I hate it when you’re not around, and the fact that you didn’t call. But mostly I hate the way I don’t hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.” –Kat, 10 Things I Hate About You
“I dream about being with you forever.” –Bella, Twilight
“I came here tonight because when you realize that you want to spend the rest of your life with someone, you want the rest of your life to start as soon as possible.” –Harry, When Harry Met Sally

“It may be a week, or a month, but if you can wait, I will find you.” –Cris, Next
“You must know… surely, you must know it was all for you…If your feelings are still what they were last April, tell me so at once. My affections and wishes have not changed, but one word from you will silence me forever. If, however, your feelings have changed, I will have to tell you: you have bewitched me, body and soul, and I love, I love, I love you. I never wish to be parted from you from this day on.” –Darcy, Pride and Prejudice
“Shut up; just shut up. You had me at hello.” –Dorothy, Jerry Maguire
03

Isteri, Perempuan dan…, Ringgit Kasorgga, Fenomena, Selubung, Abang 92, Cinta Kita, Mira Edora dan banyak lagi. Ketika itu menonton filem sangat menyeronokkan. Melihat kualiti lakonan Sofea Jane, Julia Rais, Deanna Yusoff, Ramona Rahman, Erra Fazira dan banyak lagi. Norkumalasari muncul bersama Julia Rais menerusi filem Mira Edora sangat dasyat. Cute mother and daughter! Fauziah Ahmad Daud masih bertahan selepas, Suara Kekasih, Azura dan Ali Setan era 80an. Ratu drama pula Azah Aziz dan Tiara Jacquelina.

Hero dulu-dulu Azmil Mustafa, Mustafa Kamal, M.Nasir, Han Isaac dan banyak lagi yang muka jantan habis ye, bukan sekadar pretty face. Dan mereka adalah lelaki lelaki. Takkan kedengaran isu hero Malaya tu lelaki tulin atau Gay di akhbar atau peti TV. Tah la, rindu benar dengan era tu. Belum ada pengganti lagi hero heroin era itu. Kualiti lakonan mereka tak lah kayu dan suara bukan itik serati. Hebat-hebat masa tu.

Memang lah ada flop film atau komedi yang tak masuk akal, tetapi seimbang dengan filem-filem berkualiti seperti aku senaraikan di atas. Mungkin ada lagi yang tercicir pun kot. Kiranya era 90an adalah kesinambungan filem-filem habat era 80an seperti Suara Kekasih, Azura, Ali Setan, Bukit Kepong dan banyak lagi. Kalau ada yang bertanya pelakon sekarang aku suka tengok… Akan panjang hm aku sambil mata melilau dan otak berfikir.. siapa ye? Paling tidak aku sebut Fazura dan Maya Karin.

Kalau tanya hero pun sama aku akan berfikir panjang. Ada hampir-hampir terkeluar di bibir tetapi mungkinkah Aaron Aziz, Remy Ishak atau Fahrin Ahmad? Aku malas nak kata banyak. Aku bertuah kiranya dapat melalui zaman-zaman itu era 80an, 90an dan 2000-2009. Membanding-bandingkan rasa ketika melihat perkembangan tiga era itu pendek kata masuk 2010 ni aku harapkan suasana berubah. Kembalikan era filem hebat dulu-dulu dengan lakonan, skrip, arahan dan segala-galanya berkualiti.

Bukan apa, banyak dah kawan-kawan aku ajak takkan jejak panggung kalau diajak menonton filem Melayu. Katanya aku sanggup berbogel di depan lobi cinema daripada masuk ke panggung. Macam tu sekali. Terpaksalah aku menunggu TV untuk tengok filem Melayu. Tak risau pun sebab bukan lama pun jarak nak tunggu tayangan di pawagam dengan tayangan di TV. Musim perayaan semestinya akan ada. Aku akan berkelahi dulu dengan anak-anak buah. Katanya cerita bodoh macam ni pun nak tengok (minta maaf hanya memetik kata-kata budak-budak). Aku jawabkan, aku nak tengok kebodohan itu sebab tak puas hati. Jadi, tak suka jangan tengok!

Sudahnya aku banyak menonton filem barat di pawagam sebab kawan-kawan semua beralih arah. Diorang kata bukan taknak sokong filem Melayu tetapi tak se’syok tengok filem mat salih. Ada pula menjawab tengok lah bajet diorang pula’. Kawan aku yang lain menambah, tapi filem bajet rendah mereka pun masih hebat juga’ camne? Kawan aku kerja wartawan hiburan menyampuk, artis kita berangan sangat kut. Celah kawan semula, pengarah pun tak nampak ke pelakon dia kayu? Soalnya lagi, penerbit tak casting dulu ke pelakon boleh berlakon ke tidak?

Paling nak marah, kawan aku yang ambil kursus Seni Persembahan tetapi tak berpeluang masuk dunia filem. Kata dia, sebab orang yang ada di dalam industri kebanyakan bukan orang yang ada ilmu mengenainya tetapi berpeluang masuk ke bidang itu sebab banyak duit dan production tu kakak, abang, emak, bapak dia punya. Aku banyak diam sebab takut you. Filem aku terlibat pun tak lepas lagi—Haq The Movie. Mari kita tunggu dan lihat.
