Archive for February 3rd, 2010
03

Isteri, Perempuan dan…, Ringgit Kasorgga, Fenomena, Selubung, Abang 92, Cinta Kita, Mira Edora dan banyak lagi. Ketika itu menonton filem sangat menyeronokkan. Melihat kualiti lakonan Sofea Jane, Julia Rais, Deanna Yusoff, Ramona Rahman, Erra Fazira dan banyak lagi. Norkumalasari muncul bersama Julia Rais menerusi filem Mira Edora sangat dasyat. Cute mother and daughter! Fauziah Ahmad Daud masih bertahan selepas, Suara Kekasih, Azura dan Ali Setan era 80an. Ratu drama pula Azah Aziz dan Tiara Jacquelina.

Hero dulu-dulu Azmil Mustafa, Mustafa Kamal, M.Nasir, Han Isaac dan banyak lagi yang muka jantan habis ye, bukan sekadar pretty face. Dan mereka adalah lelaki lelaki. Takkan kedengaran isu hero Malaya tu lelaki tulin atau Gay di akhbar atau peti TV. Tah la, rindu benar dengan era tu. Belum ada pengganti lagi hero heroin era itu. Kualiti lakonan mereka tak lah kayu dan suara bukan itik serati. Hebat-hebat masa tu.

Memang lah ada flop film atau komedi yang tak masuk akal, tetapi seimbang dengan filem-filem berkualiti seperti aku senaraikan di atas. Mungkin ada lagi yang tercicir pun kot. Kiranya era 90an adalah kesinambungan filem-filem habat era 80an seperti Suara Kekasih, Azura, Ali Setan, Bukit Kepong dan banyak lagi. Kalau ada yang bertanya pelakon sekarang aku suka tengok… Akan panjang hm aku sambil mata melilau dan otak berfikir.. siapa ye? Paling tidak aku sebut Fazura dan Maya Karin.

Kalau tanya hero pun sama aku akan berfikir panjang. Ada hampir-hampir terkeluar di bibir tetapi mungkinkah Aaron Aziz, Remy Ishak atau Fahrin Ahmad? Aku malas nak kata banyak. Aku bertuah kiranya dapat melalui zaman-zaman itu era 80an, 90an dan 2000-2009. Membanding-bandingkan rasa ketika melihat perkembangan tiga era itu pendek kata masuk 2010 ni aku harapkan suasana berubah. Kembalikan era filem hebat dulu-dulu dengan lakonan, skrip, arahan dan segala-galanya berkualiti.

Bukan apa, banyak dah kawan-kawan aku ajak takkan jejak panggung kalau diajak menonton filem Melayu. Katanya aku sanggup berbogel di depan lobi cinema daripada masuk ke panggung. Macam tu sekali. Terpaksalah aku menunggu TV untuk tengok filem Melayu. Tak risau pun sebab bukan lama pun jarak nak tunggu tayangan di pawagam dengan tayangan di TV. Musim perayaan semestinya akan ada. Aku akan berkelahi dulu dengan anak-anak buah. Katanya cerita bodoh macam ni pun nak tengok (minta maaf hanya memetik kata-kata budak-budak). Aku jawabkan, aku nak tengok kebodohan itu sebab tak puas hati. Jadi, tak suka jangan tengok!

Sudahnya aku banyak menonton filem barat di pawagam sebab kawan-kawan semua beralih arah. Diorang kata bukan taknak sokong filem Melayu tetapi tak se’syok tengok filem mat salih. Ada pula menjawab tengok lah bajet diorang pula’. Kawan aku yang lain menambah, tapi filem bajet rendah mereka pun masih hebat juga’ camne? Kawan aku kerja wartawan hiburan menyampuk, artis kita berangan sangat kut. Celah kawan semula, pengarah pun tak nampak ke pelakon dia kayu? Soalnya lagi, penerbit tak casting dulu ke pelakon boleh berlakon ke tidak?

Paling nak marah, kawan aku yang ambil kursus Seni Persembahan tetapi tak berpeluang masuk dunia filem. Kata dia, sebab orang yang ada di dalam industri kebanyakan bukan orang yang ada ilmu mengenainya tetapi berpeluang masuk ke bidang itu sebab banyak duit dan production tu kakak, abang, emak, bapak dia punya. Aku banyak diam sebab takut you. Filem aku terlibat pun tak lepas lagi—Haq The Movie. Mari kita tunggu dan lihat.
