Jakarta It Is…

Tanggal 9 Januari 2009 tiba jua. Sebenarnya banyak cerita sebelum jadi ke Jakarta. Ayu sentap sebab tarikh pertama jadi pilihan (hujung December 2009) sepupunya kahwin. Nak dijadikan cerita kami bersidang di Ayam Penyet Ria, Sunway sambil memilih tarikh yang lebih nyaman lagi adil untuk aku, Ayu, Nisa, Rina dan Mimi bercanda ria. Nasib baik… Memang December semua orang ada acara kenduri kahwin. Jadi 9 hingga 13 januari sangat bagus tetapi.. bila dah pegi tak puas la pulak. Pasti nak pergi lagi. Cuma bukan ke Bandung. Aku dan Ayu tak suka sangat beli-belah di sana. Tetapi Jakarta bagai surga terutama Ayu pandai tawar-menawar. Aku tumpang la sekaki.

Sampai di Jakarta, lepas check in, makan dulu la u allss… Makanan Padang di Garuda. Kemudian berjimba la kat X2, katanya kelab terhebat di Jakarta. Tapi sebelum tu ada kisah lucu. Supir kami Pak Dadang bawa ke sebuah kelab yang chill je.. ada live band. Tapi sebelum masuk dah kena halau sebab Ayu pakai denim, Shirt dan kasut croc je. Nisa dah gelak-gelak. Balik tukar baju baru seronok berjimba (memetik perkataan Oda).

Crowd ok ok la tetapi tak enjoy muziknya. Kebetulan ada acara pertandingan final DJ. Next day, 10hb Jan kami ke Manga Dua. Aduh, gila siot tas tangan RM15 (50 000rp) sama mutunya yang RM45 – RM60 yang di butik-butik berkenaan (tak perlu disebut di sini ye). Legging uols RM35 yang lebih bermutu dari yang pernah aku beli di sini RM60++. Ba alip Ba ya tak! Dah tu dengan adanya Ayu yang terror bab tawar-menawar. Memang malatop beli barang.

Lepas pusing-pusing Manga Dua, berlari ke Grand Indonesia bertemu Pengarah kacak AGUNG SENTAUSA, pengarah filem GARASI, juga mengarah video muzik Peterpan, Menunggu Pagi. Aku paling suka video tu. Banyak lagilah.

Nini (StarMovies) kata dia ni pengarah paling kacak di Indonesia. Projek baru Agung mengarah promo untuk [V] Channel dan pastinya Nicholas Saputra jadi subjek utama. Agung kata tahun ni dia mesti keluarkan satu filem. Filem kedua. Tak sabar!

Kemudian kami ke Pasar Baru, Agung yang sarankan tempat tu. Kononnya nak cari barang Vintaj. Tapi rupa-rupanya salah tempat. Memang la Pasar Baru tapi ke bangunan Atom.

Beli kasut dan beg kat sini. Banyak pilihan dan 70 peratus diskaun tau.

Jadi esok sajalah kami ke sana. Balik cari-cari salun. Masing-masing nak melaram. Ayu nak luruskan rambut. Nisa nak kerinting. Aku tak tahu lah lagi. Sudahnya…

Sudahnya aku decide buat extansion. Nisa ikut tapi dia menyesal tak sudah lepas tu. Rimas katanya. Tapi dia bertahan sebab semua orang puji cantik dan nampak natural. Aku pulak, kena sambung buat esoknya kerana rambut tak cukup.

Malamnya kami terlewat sudah. Restoran semua tutup. Kami di bawa ke McD 24 hours tapi taknaklah. Kat KL pun dah mual makan McD. Lalu kami makan di gerai tepi jalan. Memang agak takut-takut tapi seronoknya kat sini boleh lihat kehidupan sebenar orang Jakarta. Seniman jalanan banyak. Asyiknya, suara mereka sedap-sedap. Ada tu, ramai pula ahlinya. Ada main gendang, gitar dan suara latar. Apa lagi, kami suruh dia menyanyi. Rina semestinya minta lagu Nidji. Aku Peterpan la.

Cahaya Ilahi tumbuh di badan Ayu kalau masuk bab shopping sebab dia ratu tawar-menawar. Pada 11hb Jan dan kami berada di Tanah Abang. Ingatkan macam kedai kat Rantau Panjang atau pasar tapi Tanah Abang atau Pasar Baru memang bangunan cantik pusat membeli-belah.

Malamnya kami rasa nak clubbing lagi tetapi tak tau tempat yang chill.. RnB ke. So kami di bawa ke Kemang saja. Dengar nama Kemang ingat macam Teluk Kemang je lah. Rupa-rupanya tempat paling chill. Dia macam banyak butik, pub dan stall makanan. Melangkah ke tempat makan dah nampak pelakon drama Indonesia. Pak Dadang kata, sini memang banyak artis melepak dengan kawan-kawan.

Paling lucu, apabila nak duduk je, kami kena serbu. Bukan oleh paparazzi ya tapi pelayan setiap gerai dengan menu masing-masing. Mereka lambak menu atas meja. Hah, rambang mata! Keadaan itu pastinya tak akan kita jumpa di KL. Kami pecah perut, Ayu yang garang tu apa lagi, jerkah suruh sabar.. tunggu dulu. Aku pulak teringin nak Indo Mee. Tak ada dalam menu pun mereka usaha adakan.

Nah, ini pula show off rambut baru uolsss..

Pada 12hb Jan kami pagi-pagi bertolak ke Bandung dengan Avanza Pak Dadang. Destinasi pertama ke Pasar Pagi. Banyak barang boleh tawar-menawar dan kami beli banyak kebaya, kain batik, kain sembahyang dan lain-lainlah. Ni sedang beli kerepek. Pisang salai tu sedapppp..

Lepas tu kami ke butik Factory Outlet banyak-banyak. Memanglah murah, baju-baju aku beli semua dalam RM35. Gaun tu yang kalau kat sini tu confirm RM60 ke atas. Nak tengok?

Murah tu murah tapi kena pandai la. Kalau nak beli hills dan tas tangan, lebih baik pergi Manga Dua, Pasar Pagi sebab boleh tawar-menawar. Kalau beli kat factory outlet, benda sama tapi tak harga lebih mahal dan tak boleh kurang. Rugilah! Kat Bandung sehari saja, malam kami pulang ke Jakarta. Dua jam perjalanan dan tiba di hotel dah lewat malam. Menyesal tak beli macam-macam kat Jakarta, dah tak sempat kerana pagi esoknya dah nak balik.

Masa ni di Lapangan Terbang Jakarta, Pak Dadang ambilkan gambar. Satu-satunya tas tangan aku beli (coklat kat troli tu). Rasa macam taknak balik pun ada tak puas nak beli-belah.

Paling best, aku jumpa Eclipse (Twilight Saga), novel ketiga Twilight kat airport Jakarta. Puas cari kat KL, di sini dia rupa-rupanya. So apa lagi, belilah. Habiskan sisa-sisa rupiah yang ada.

Balik rumah nak curi masa tengok DVD ni. Beli kat Manga Dua. Murahhhhh.. hehehehe…

Tapi itulah, pengalaman lima di hari Jakarta. Lepas pulang dari Jakarta, kembali kepada rutin sehari-hari yang membosankan. Tak lama lagi Nisa nak ke Cosmopolitan, majalah antarabangsa makanya. Balik Jakarta, Rina sambung MC, ceret beret. Lepas tu katanya dapat wahyu. Rina mahu berhenti kerja nak sambung belajar. Selamat Maju Jaya! Aku pun menyusul kemudiannya. Hmmm…

Sekianlah… Aku cerita lain kali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* 5+4=?

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>