Ah, aku sekian lama mahu memulakan ini tetapi bisu membuka kata. Biar aku mulai dengan perkenalan dan terima kasih tidak terhingga kerana melewati ruang laman tidak seberapa ini. Semoga kemesraan kian terjalin dan dikau sentiasa mahu mengunjungiku. Tidak mengapa jika ditunjukkan rindu itu. Silalah selalu ke mari! Duniaku menunggu dan duniaku untuk dikongsi denganmu….
Catatan ini kugelar ia ROD bukannya blog seperti biasa disebut-sebut… “Rini’s Online Diary” atau ROD pertamaku ini mahu kukongsi segala-galanya. Siapakah aku? Gelar saja RINI kerana itulah panggilan paling aku gemar dan ada yang menyebutnya manis sekali dikedengaran. Ah, itu lain halnya. Wahai pengunjung ROD sekalian… Terima Kasih…!
