Share

Tertarik dengan perkembangan teknologi, membeli busana Raja Sehari kini mampu dibeli di online juga. Fashon Valet Bridal dipersembahkan kepada peminat yang moden dan ringkas. 

Laman web fesyen terkemuka di Asia, FashionValet, melopori kategori terbaru, khas buat bakal pengantin – FashionValet Bridal. Uniknya, koleksi busana pengantin ini direka eksklusif oleh barisan pereka fesyen ternama di Malaysia seperti  Mimpikita, PU3, Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Khoon Hooi, S,Baharim, Syomirizwa Gupta dan NH by Nurita Harith termasuk Alia Bastamam dan Hatta Dolmat.

unspecified dag df

“Kami ingin menjadi saksi peristiwa penting dalam kehidupan setiap wanita. – sama ada pada hari pertama di kolej, temu janji pertama, hari pertama bekerja, saat menimang cahaya mata atau peristiwa penting yang lain. Kini FashionValet dengan bangganya melengkapi setiap tarikh penting setiap wanita,” komen Vivy Yusof, Pengasas dan Ketua Pegawai Kreatif FashionValet.

Bersesuai denga kehidupan moden masyarakat baru, kamu mampu membeli di rumah dihujung jari tanpa perlu keluar mencari dari satu butik ke butik lain. Dan yang paling utama, bakal pengantin boleh menarik lafas lega dalam harga rangkaian FashionValet Bridal yang ditawarkan. Setiap busana pengantin ini direka dengan harga yang berpatutan, bermula daripada RM1800-RM5000.

Bakal pengantin yang membuat pembelian FashionValet Bridal akan menerima set perkahwinan khas yang bukan sahaja mengandungi busana perkahwinan malahan, barangan unik seperti topeng mata, selipar rumah yang cukup lembut, checklist, jubah sutera dan beg solek. Pastinya bakal pengantin cukup teruja tatkala membuka kotak esklusif FashionValet Bridal!

dfadsf jk dfag

Majlis Pelancaran FashionValet Bridal pada 12 Oktober 2016 lebih gah dengan sokongan Hotel St. Regis Kuala Lumpur. Suasana dan rekaan hiasan dalaman yang cukup mewah dan sempurna melengkapkan lagi majlis pelancaran berserta kemasan yang cukup berprestij.

Majlis pelancaran dimulai dengan pertunjukan fesyen daripada lapan pereka fesyen dan diikuti dengan re-see yang menampilkan kesemua koleksi busana pengantin. Tetamu juga diberi peluang untuk mendekati busana dan melihat sendiri kemasan dengan lebih dekat lagi selain dapat berbual bersama para pereka. Kategori baru ini bukan hanya untuk satu projek sahaja, malahan ianya akan kekal sebagai kategori tetap. Lebih banyak busana pengantin hasil rekaan pereka-pereka fesyen lain yang bakal menyusuli.

“Busana pengantin sudah lama bermain di fikiran saya dan saya cukup gembira akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya berharap dengan adanya FashionValet Bridal, ia boleh meringankan sedikit sebanyak bebanan bakal pengantin dalam mendapatkan busana yang paling sempurna. Saya mahukan FashionValet menjadi satu-satunya pusat singgahan membeli belah sesawang dimana para wanita boleh membeli apa jua dari hujung rambut ke hujung kaki tidak kira apa jua majlis dan acara,” tambah Vivy.