Respirasi Cantik

Share

beauty

Pemalas…

Share

 

Pemalas itu aku… Dah lama gila tak update blog ni… Banyak perkara dah berlaku… Terlalu banyak! Sekarang pun dah sampai ke hujung tahun. November… Desember…. Dah masuk Januari 2011… Tarikh cantik nak kahwin… 20.11.2011 katanya… Tarikh graduasi aku dari UiTM 2001. Masa tu aku baru kerja jadi wartawan. Dari setahun ke setahun aku jadi penulis, penolong editor, penulis skrip, lakun layar, penerbit… penulis blog… omputih kata bloggers… tp blogger paling pemalas lah.

Kalau 2011 tolak 2001 rasa-rasanya berapa tahun dah? BIG 10 YEARS… huraah…

Sudah 10 tahun aku bergelumang sebagai orang Media, sebagai penulis dan hanya setahun dua ini sahaja aku masuk di dalam dunia produksi yang tidak kurang banyak pancarobanya. Menyakitkan hati pun ada seperti baru-baru jadi ni. Macam-macam lah… Kalau kau pandai…

Ni penyakit baru datang lagi.. Nak masuk tahun baru memang macam ni lah… Tak boleh tidur memikirkan banyak benda. Nak tambah umur, nak tambah duit, nak dekat dengan mak ayah, nak mesra-mesra dengan famili, nak lebih produktif, nak hibur kawan-kawan sama rata… semua nak tapi aku ni agak pemalas… Nak keluar novel pun berjanggut dah… apa nak jadi ni wahai MMZ… aku lah tu Marini Mat Zain…

Esok, Eh, hari ini, lepas ni aku mesti pasang azam lebih awal. RAJIN, RAJIN, RAJIN… Ok lah, setakat ini saja pagi ini. Nak telefon kakak cleaner minta tolong cuci rumah. Huh, alah tak semua kena rajin buat kan? uhuk….

aku serba tiada

Share

frustLelaki takkan boleh terima pendekatan Siti Khadijah yang mengorak langkah melamar cinta Nabi. Perempuan apa ni yang terkejar-kejar lelaki seperti perigi mencari timba. Lelaki hanya boleh terima sunah Nabi kahwin empat itu sahaja.

Apabila Kita dibeza-bezakan

Share

339721

Ada org dilimpah Kurnia kasih sayang. Di sisinya sentiasa ada yang sayang. Mana-mana pergi mendapat kasih dan manja. Patah tumbuh hilang berganti. Tidak putus rasanya cinta di dada. Tiada putus juga cinta diberikan. Hingga terkadang sukar membuat pilihan. Betapa banyaknya org mahu mencurah cinta. Ada sahaja yang menghulurkan manja. Begitulah nilainya dilahirkan cantik.

Ada pula yang sering sendiri. Cinta tidak pernah datang walaupun tak mencari. Kalau mencari pun takkan ketemu. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Yang indah-indah hadir cuma sementara. Esok dia kan kembali sendiri. Hanya bertemankan setiap kenangan yang dikutip. Tiap kenangan itu pula memakan diri. Memamah hati jadi lumat. Dia mengukur nasib diri di badan sendiri.

Apa dirasa…

Share

AKU HARUS
Kedinginan menggigit seluruh tubuh
Aku mendongak merenung langit
Mata tak berkedip menyaksikan bulan
Sangat indah
Leka aku di situ
Meratap merindukan bulan
Sehinggalah titis-titis air jatuh
Ada butir hujan menjamah pipi
Aku bagai tersedar
Pantas memaksa kaki melangkah
Berat mahu berlalu
Hati jadi sebal
Aku enggan pergi
Tetapi aku harus

Masculine

Share

Ini keluaran terbaru Maskulin (Mixie, aku support majalah kau tau). Cover terbaru Miller pelakon Indonesia berasal dari Malaysia.

Aku terjumpa artikel aku menulis untuk majalah Maskulin suatu masa dulu. Masa tu pun aku masih bertugas di Karangkraf. Hm, lama juga tu. Ruangan Perhubungan itu aku isi setiap bulan. Judul dia aku sudah lupa tetapi artikelnya seperti di bawah….

Ejoy your reading…

Ketika mengikuti kursus bina insan anjuran kerajaan Selangor sebulan lalu, salah seorang fasilitator membentangkan topik yang cukup menarik, ‘Soal Hati’. Semua yang hadir ditanya, pernah kah hati terusik melalui pandangan pertama? Padahal itulah pertama kalinya bersua, belum pernah kenal atau berbual-bual. Tiba-tiba sahaja hati jatuh suka pada si dia. Lahir sebuah perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan. Tidak mengapa katanya. Soalnya hati! Bagaimana pula jika pertemuan yang berlangsung di tempat dan waktu yang salah.

Kembali kepada hati mulus seorang wanita yang mudah terusik terutama mendapati anda adalah orangnya. Dia yakin dengan hatinya, bukan lagi perasaan yang datang dan pergi seperti sebelum ini. Sesuatu yang luhur telah hadir meresap ke lubuk hati di luar sedar si gadis. Dasyat sungguh penangan cinta. Sekali lagi, soalnya hati. Dia tidak pernah mengundang rasa cinta atau sayang itu bertandang. Lebih-lebih lagi kalau datangnya diiringi sebuah penyeksaan dan penderaan jiwa dek pertemuan yang berlangsung di sebuah kelab di mana semua orang hanya mahukan hiburan yang berbentuk sementara. Sayangnya perkenalan di ruang ini juga hanya berteraskan, ‘touch and go’.

Tamparan lebih hebat lagi apabila si gadis tahu pandangan masyarakat terhadap wanita yang berada di tempat serupa itu. Biarpun cara sosial atau niat seseorang takkan serupa, yang hitam itu tetap hitam. Malah, anggota sosial itu sendiri memandang serong sesama mereka biarpun sedang berada di bawah satu bumbung. Padahal sama-sama berbuat ‘hevoc’. Mungkinkah masing-masing merasakan diri paling bagus. Ah, aku kemari hanya untuk suka-suka. Aku gemar berdansa diiringi dengan muzik segar lagi terkini. Apabila hati sudah terusik, maka jiwa tidak lagi tenteram biarpun berada di dalam suasana yang bingit. Dia menjadi murung kerana menerima hakikat perhubugan ini tidak akan ke mana-mana. Kesal sekali dengan situasi begini. Alangkah indah sekiranya pertemuan berlangsung di dalam suasana yang berbeza. Tidaklah diri dipandang serong sebegini oleh si pujaan hati.

Lelaki! Buat lelaki yang hebat dari segi sosial. Tidak mengira pergaulan atau adaptasi gaya hidup. Sejahat mana pun dia, wanita suci juga yang bakal dicari. Bukan menuduh tetapi sebuah hakiki. Seorang rakan yang juga dari kaum lelaki selalu menegaskan pendiriannya. Setiap kali pulang dari kelab, akan merungut mahu lekas bertemu jodoh. Angan-angannya tinggi, mahukan seorang gadis yang baik-baik. Kami sebagai teman yang terdiri dari wanita yang tidak tergolong dalam gadis yang ingin dicarinya tentu saja kurang bersetuju. Jenuh dia dikutuk sebagai lelaki tidak sedarkan diri. “Jeff, awak tu jahat. Beranganlah nak dapat perempuan suci,” bangkang Anne penuh emosi.

“Dapat! Mesti dapat punye. Gua akan cari gadis yang cantik lagi suci,” ujar Jeff separuh sedar. Diri sendiri tidak mampu memandu lagi. Pulang pun terpaksa di hantar kami. Anne seraya memandu tidak habis-habis mengomel panjang pendek. “Orang yang baik hanya akan dijodohkan dengan insan yang baik sahaja. Sudah tertulis begitu Jeff. Orang jahat akan dapat yang jahat lah. Mana you tahu dia baik. You berkenalan dalam situasi yang berbeza. Benarkah dia tidak pernah melalui zaman silam yang penuh godaan. You’ll never know. She might be has their own social life with other group in different ways. You tidak boleh bersikap tidak adil terhadap gadis-gadis yang lebih terbuka seperti kami. Tidak semua dalam satu tandang itu busuk. You mesti bagi peluang. Gadis yang you berkenalan di dalam kelab tadi nampak okay saja,” Anne cuba bertolenrasi. “Wa tak minah ah. Gua tak minta pun nombor telefon dia,” dush, tertidur sebelum sempat isu ini dikupas lebih lanjut.

Niat sebenar Jeff ada kebenarannya. Siapa yang mahu cari pasangan hidup yang tunggang-langgang. Wanita sendiri tidak kurang begitu. Kalau boleh mahu mengelak dari memilih lelaki seperti Jeff untuk dijadikan teman lelaki. Anna sendiri tentunya inginkan lelaki yang mampu membimbingnya kelak. Namun, jika masing-masing mahu yang terbaik, diri sendiri perlu memiliki personaliti baik. Mulalah segala keburukan mahu disembunyikan. Maka wujud pula sifat-sifat hipokrit. Bukan kah lebih selesa jika anda menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Seperti yang diketahui, wanita mungkin mampu menerima keburukan diri pasangannya. Tidak mengapa baginya kerana masing-masing boleh memperbaiki diri. Setiap orang memiliki masa silam yang hitam.

Begitulah yang dialami si gadis yang mula-mula tadi. Soalnya hati! Hati dia terbuka untuk menerima baik buruk anda. Ternyata wanita masih boleh bertoleransi di dalam apa jua perkara. Wanita sering mengalah! Mereka juga lebih penyayang! A’ah, lelaki usah menafikan kerana sifat wanita yang satu ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah sendiri sebagai memiliki sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu juga lah doa ibu yang lebih berkesan.

BZ BZ BZ DAY….

Share

Ini bulan kedua aku bertugas di Blackbox Pictures dan keadaan semakin sibuk. Sedang aku develop drama siri a.k.a. my baby S.H.E. yang aku mula buat proposal sejak 2006 lagi tu, masuk juga rancangan bola sepak, kemudian client nak games show jugak. Tup tup… Pakar Kejelitaan Musim 3 hendak di mula penggambarannya kerana mengejar deadline dari TV3. Apa lagi segala-galanya bertumpu pada Pakar Kejelitaan dululah.

Aku mula berkampung di Yun Nam Hair Care Sdn Bhd di bangunan IGB midval. Mereka sediakan aku cubicle kecil dengan pc dan phone untuk aku selesa buat skrip. Saintifik script dengan fakta perubatan. Mahu aku pitam ni. Tapi mujur Quiss dari Yun Nam sangat membantu. Dia yang buat temu janji dengan 36 customer dan 36 lagi consultant New York Skin Solutions, Yun Nam Hair Care dan London Weight Management. Sehari ada kalanya aku interview sampai 5, 6 orang. Berbuih mulut gak la. Jumaat lalu pun buat casting dengan Zizan Nin dan Yasmin Hani. Yang lain-lain no show… susahlah gitu. Ada yang katanya tengok saja rancangan mereka yang lain-lain. Pada aku casting tidak semestinya kau tak hebat sebab setahu aku Tom Cruise dan Madonna (untuk filem Evita) pun pergi casting.

Memang ingat perlukan assistant dan ada bajet untuk itu tetapi tak apalah. Aku cuba lah dulu. Dirasakan lagi pening kalau ada dua kepala. Yang biasa aku kerjasama sibuk dengan tugas tetapnya. Jadi kalau-kalau ada ke Midval, buzz me. Entah-entah aku ada di situ boleh kita lunch sama ya. Tapi aku tetap develop projek yang lain-lain juga. S.H.E aku sedang buat presentation proposal lengkap sebab tak lama lagi nak jumpa client. Aku masih belajar jadi aku serahkan kepada Touyin yang present nanti. Katanya, you tengok I buat. Salute!

Dalam kesibukan ni, sempat aku ke party.. sambut hari jadi Nisa’ Halid. Juga melepak. tapi tak la kerap macam dulu. Berkawan tetap berkawan, jangan bila dah busy juga dah tak ingat nak jumpa kawan. Aku rasa kalau sampai tak ada masa tu tipulah. Dalam hidup ni, jadual harian kita, kita yang atur sendiri. Aku kesal juga ada kawan-kawan sudah lupa nak sambut hari jadi kawan-kawan, atau membalas sms kawan-kawan. Sebab dah ada di antara kawan-kawan juga yang tanya kenapa kawan-kawan lain tak reti dah nak balas sms.

Ah, aku tak kisah sangat. Aku enjoy dengan kerja aku kini. Keluarga pula sokong. Baru ni jumpa kakak dari Johor di rumah kak long kat kajang. Mereka tumpang seronok. Lepas ni nak pergi jumpa Ayu kat Uptown. Mungkin Rina dan Nadzim join sebab tiba-tiba mereka call dari KLCC. Datingkah? hmm.. Ayu pula katanya jangan lambat sebab dia nak cover Mentor untuk gua.com.my dia. Selamat bertugaslah. Oda ajak makan pula, mungkin aku tanya dia nak ikut ke uptown tak? Pada aku keluarga dan kawan sangat penting jadi aku selagi daya akan hargai mereka. Jangan lupa diri itu penting.

Well, see you next time…

MeMoIr…

Share

4 Mei 09 (Isnin)
Hari pertama! Hm, banyak hang out, melopong tak ada tugas. Touyin kata (Touyin dalam bahasa cina yang bermaksuk Pengarah/Director), rehat-rehat dulu. Hujung minggu nanti kita meeting. Ok bos! So kerja aku sehari dua ni menghias meja. Bilik aku duduk sangat cute. Jojo dan BB jadi teman di kamar ni. Privasi! Namanya Blackbox, tatarias pejabat, all black. Ada la putih, kelabu sana sini. Sangat cozy membuatkan aku, Jojo dan BB sering mengantuk. Kemudian aunty akan buat kopi untuk semua orang.

6 Mei 09 (Rabu)
Petang aku keluar ke Pavilion, temu janji dengan Miler, model/pelakon Indonesia yang berasal dari Malaysia. Yup, orang kita! One of us! Asalnya Ahad lepas aku tengok Cintapuccino dan ceritanya ringkas soal cinta remaja. Bila tengok end credict, keluar nama Miler. Tak perasan dia sebenarnya. Lalu aku buzz Mixie, oit kawan kau ye berlakon Cintapuccino. “Yup, dia balik minggu depan. Nak jumpa dia?” soal Mixie. “Okay!” jawab aku tersengih. Malamnya lanjut tengok wayang dengan geng.. terserempak mat salih cakap melayu tu… si Jeff… small world…

7 Mei 09 (Khamis)
Pagi ni terus ke Nikko Hotel, Simon Yam duta Canon bermesra dengan media. Projek BB dan Cicilia. Aku hanya tolong menyebuk. Touyin suruh datang tengok-tengok. Simon dan Touyin ada projek filem. Ni Jojo pecah kepala buat skrip. Jojo sedang fikirkan jalan cerita dan sebagainya. Selesai event, Touyin belanja di lobi Nikko Hotel. Aku diperkenalkan dengan adiknya Ben, pengarah untuk projek drama siri aku. Oh, ok! Esok janji nak meeting dengan dia. A brief meeting for introduction. Lepas coffee-coffee, balik office. Petang ada meeting tergempar. Sabtu Touyin bertemu orang stesen TV jadi kami bertiga kena siapkan proposal. Deadline = ESOK! BB satu proposal, Jojo tiga dan aku empat (rancangan majalah, drama siri dan short story).

8 Mei 09 (Jumaat)
Sebetulnya semua tak sihat di sini. Batuk-batuk dan BB hilang suara. Aku dah berminggu-minggu batuk. Jojo pun. Tensi donk! Kami bertiga lunch sama kat McD. Jam 3 petang, Ben masuk bilik, aku bentangkan apa aku ada dan syukur, dia suka. Dia beri beberapa tips dan akan ada lagi pertemuan susulan.

9 Mei 09 (Sabtu)
Jam 2 petang masuk office, menyiapkan proposal. Owen yang compile semua dan oleh semula ikut format. Selepas tu, pergi restoran Indonesian untuk lunch dan berbincang di situ. Nisa’ Halid join kemudian! “Dah gemuk!” usik Touyin kepada Nisa’. Terkenang masa buat screenplay HAQ…

11 Mei 09 (Isnin)
Bermulanya minggu kedua aku betugas di Blackbox Pictures. Aku cuba biasa-biasakan diri. Masuk office jam 10 pagi, itu pun office kosong. Kadang-kadang aku terlajak masuk jam 10.30 ke 11 pagi. Selepas lunch baru office penuh. Balik jam 7 malam tu pun paling awal, aku dan BB. Jojo lebih senang stayback, katanya balik rumah tak jadi kerja. Tengok TV dan tidur je nanti. Kalau hilang idea, kami ke ruang tamu menonton TV. Setiap petang akan ada secawan kopi panas di atas meja. Thanks auntie!

12 Mei 09 (Selasa)
Sikit-sikit bina watak untuk drama. Pelik rasanya, kerja aku ‘berangan’ saja. Nasib Sabtu jumpa Oda, brilliant Oda… Lunch dengan Ayu. Petang dinner dengan Ayu dan Sham pizza-pizza di OU. Aku start war-warkan pasal casting.

14 Mei 09 (Khamis)
Aku kemaruk American Idol 8. Adam Lambert dan Kris Allen sure final. Tepat jangkaan aku. Sedang syiok tengok result, Touyin Tanya, “Bila nak meeting? Nak buat pilot dah.” “Next week!” jawab aku tersengih. Bila aku tanya itu dan ini, hos nak satu atau dua? Casting bila? La la la la… Dia pandang aku, you decide lor. Aku semakin suspen. Dari hari ke sehari. Aku tahu dia nak aku belajar bercakap dan buat keputusan. Ada hadir rasa pelik juga kerana dah lama tak berfungsi otak aku. Aku suspen, gementar dan over excited juga kerana aku akan putuskan semua. Beshnyeeee….! Tetapi semestinya dengan panduan dan tunjuk ajar Touyin dan adiknya Ben. Termasuk Owen, KY dan Andy. Malam party/fashion show with Ayu and Sham at Curve.

15 Mei 09 (Jumaat)
Jumaat, Sabtu dan Ahad event client Panasonic Color Connection. Hari ini launching. Sabtu dan Ahad datang beri sokongan. Ada mini concert bagai.

18 Mei 09 (Isnin)
Aku siap-siapkan proposal untuk presentation esok. Aku masih suspen. Ada rama-rama kat perut. Pasal program sukan tu, sudah tentulah aku double suspen. Tapi kalau drama siri S.H.E. (nama projek ini dipanggil) pastinya dalam tangan. My baby okay!

19 Mei 09 (Selasa)
Pagi pergi event potential client berkaitan Menteri Besar Selangor. Event kerajaan biasalah aku menahan mengantuk. Janggal juga sebab aku terlebih over pakai. Well… Manalah pernah pergi gomen event. Petang, saat ditunggu-tunggu. Meeting tu. Aku dah agak dah, pasal sports proposal aku kena polish lagi. TETAPI.. mula-mula wat suspen juga Touyin, tapi dia approve projek S.H.E. dan yang ni Ben akan teruskan. Kata Nisa, aku kadang-kadang datang hari gagap. Nyaris! Nasib Andy back up. Hehehe… Lepas Touyin keluar, Ben ambil alih meeting pasal projek S.H.E. tu. Yay! Alhamdullilah my baby sudah dimulakan. Isnin meeting susulan, brainstorm skrip, plot cerita, acara tengok DVD, kumpul novel, TV series dan film untuk research. Bincang pasal sponsorship dan talent casting juga. ? I just cant stop smiling on this. About sports show nasib KY nak tolong. Fuh…

22 Mei 09 (Jumaat)
Aku sejak meeting lalu, dalam kepala pasal bola sepak. Nak pensan rasanya menyediakan senarai peristiwa penting bola sepak era kegemilangannya. Lunch meeting Liza/Habib. Habib pernah buat majalah Arena Bola Sepak, nasib baik! Dapat contact RTM dan sebagainya. Tks dude!

25 Mei 09 (Isnin)
Sabtu/Ahad perah otak juga fasal plot project S.H.E. (drama bersiri) tapi macam stuck je. Idea untuk novel pula mari. Jadi aku sentuh sikit novel hari ni. Tiba-tiba pula Owen bertanya mengenai football. Mesti touyin tanya tu. Lalu KY aturkan mesyuarat. Sekarang, jam tiga lebih. Berterabur aku sediakan paper, Photocopy bagai. Kala Touyin aka bos aku baca paper football aku, macam-macam ayat aku baca dan bawah meja cross finger. Hm, Berjaya! Dia suka dan proceed. KY akan direct program ni. Lepas Touyin keluar, aku meeting adik dia, Ben pula dengan KY, Owen dan Cecilia fasal drama siri. Aku sediakan list client aku nak untuk apartment, studio apartment, outfit, makeup, skincare dan prop. Mendapatlah! Ben aturkan next meeting kami next Monday. Aku perlu sediakan script at least 4, 5 episode untuk lock location dan budget. Aaarrr… aku menganga…

27 Mei 09 (Rabu)
Semalam aku tengok DVD dan Video Music nak cari ilham. Pagi ni aku masuk jam 11 pagi. Aku dua hari ni memerah otak. Baru dapat episode pengenalan. Nak capai 24 minit = 14 muka surat (1 minit = 1 muka surat) pecah kepala jugak. Sikit, sikit aku build up plot. BB meeting hari ni untuk Chinese drama. Nampaknya kena reject lagi. Kasihan aku kat dia. Malam, melepak pula dengan Oda, Shafieq, kawan Shafieq, Sham, Ed dan Alifku. Oda tolong tengokkan plot aku tu… nasib ada Oda, thanks dude… Entah bagaimana, midnight, ilham datang. Selesai dua episode.

28 Mei 09 (Khamis)
Hari ni ambil cek kat Astro dulu, masuk office jam 11 pagi. Sepi! Oh, hari ni diorang keluar shooting iklan. BB pula meeting ngan Nicole fasal drama Cina yang tak lepas-lepas. Sepatutnya aku dan BB pergi tengok movie preview pagi ni. BB tanyakan, Touyin kasi katanya. Bagusnya bos aku tu. Patutlah BB bersungguh-sungguh nak buat drama terbaik untuk Touyin. Aku pula jadi tertekan sebab kalau boleh tak nak menghampakan touyin. Nak buat the best of the best. Jam 3.30 BB masuk, katanya dia tak jadi meeting. Jojo sejak dua hari ni dia tak masuk. Dia jadi pengacara rancangan Cina kat Astro. Sehingga petang, aku berusaha bina skrip dari plot aku bina semalam untuk dua episode. Wish good luck for me!

29 Mei 09 (Jumaat)
Hari ini office kosong. Aku sempat pergi bayar bill dan bank in cek. Tadi pun kat rumah sempat goring telur dan breakfast sambil tengok TV. What a life… leasure begini rasanya lebih tenang. Tak terkejar-kejar. Tapi kalau dah project jalan, shooting, memang memenatkan. Tapi sepengalaman aku, memang mencabar dan menyeronokkan. Masa shooting Ratu, aku tak involve sangat. Tapi masa filem HAQ.. hm… seronok abesss… Tapi I have a good feeling about my own baby… dua project TV magazine dan Drama series ni. Aku yang terbit, suka hati aku nak buat apa, nak demand apa. Aku rasa, aku paling cerewet dan demanding. Hm.. kita tunggu dan lihat, Oda kata production ni macam main masak-masak. Aku rasalah sebab kala nak siapkan project aku terutamanya untuk drama siri, berangannnn je kerja kami. Okay, hari ni auntie dan kakak receptionist cuti. Rindu coffee auntie.. “Coffee?” soalnya selalu. Dah manja.. selama ni kacau air sendiri pun. But, so far I enjoy every minute of the day. ? Thank God for your blessing. Thanks mom and dad… family… yang tak bising banyak kala aku cakap nak berhenti dari Astro. Kalau dulu dari Malaysia Airlines nak ke dunia wartawan… mereka paling risau. Kini mahu beralih angin dari dunia majalah glossy ke production house, mereka senyum dengan keputusanku. Well, I’m in…

Are You Super Hot?

Share

We have the boys…

Now… We search for a gurlssss…. Super hot girls….

Still need new hot boys and girls…

IF YOU SUPER HOT… DO EMAIL YOUR BIO, PORTFOLIO & CONTACT NO AT marinimz@blackboxpic.com cc marinimz@gmail.com

SEE YOU SOON!

Infidelity

Share

Perkara paling mahu dihindari dalam sesebuah hubungan adalah infidelity atau kecurangan. Namun bagaimanakah keadaannya jika ia tetap terjadi? Sebuah kisah yang dambakan penyertaan anda… Sudi-sudikan berkongsi pendapat anda mengenainya….

Lingkaran hidup penuh kisah tidak terduga. Ada hubungan berantakan, ada juga bahagianya berpanjangan. Sebagai seorang setia, pastinya kecurangan oleh pasangan hidup atau kekasih sangat melukakan. Kecewa tidak terkira, kalau boleh mahu hilangkan diri daripada dunia. Tetapi bagi kamu jika dipihak yang melakukan kecurangan, dirasakan hadirnya perasaan kasih sayang kepada insan baru bukan kemahuan diri. Keadaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir dengan sendirinya. Kononnya!

Aril dan Melissa ialah sepasang kekasih yang telah mengikat tali pertunangan setahun lalu. Mereka bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Seluruh keluarga dan sahabat taulan menganggap mereka paling ideal, romantis dan tidak boleh dipisahkan lagi. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah Melissa memperkenalkan teman lamanya Zalea kepada Aril. Sejak hari itu, kedua-duanya tertarik di antara satu sama lain. Tanpa pengetahuan Melissa, Aril sering mencuri peluang bertemu Zalea. Manakala Zalea sendiri hanya mengikut rentak lelaki kacak itu.

Bukan dia buta dengan keakraban tunangannya dengan teman baiknya. Bagi Melissa yang mengetahui latar-belakang Zalea pula hanya membiarkan keadaan itu. Dia sekadar berbaik sangka. Zalea hanya memerlukan perhatian kerana kehancuran keluarganya. Takkan dia sanggup berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Sedangkan perkataan itu adalah satu kepantangan dalam hidupnya. Ibunya diceraikan kerana dihukum berlaku curang. Setidak-tidaknya si ayah mempercayai keadaan itu berlaku. Malah Zalea tidak pernah diakui anaknya. Bagi si ayah, Zalea adalah anak hasil hubungan si isteri dengan lelaki lain. Dia meninggalkan Zalea ketika dia masih bayi dan membawa anak lelaki sulungnya sahaja. Sehingga kini jejak si ayah dan abang tinggal bayang untuk dikejar. Biarpun telah berpuluh tahun berlalu, Zalea kekal tidak diakui anak gadisnya.

Melissa dipuja lelaki, Hidup Zalea Kosong

Itu sekadar anggapan Melissa. Sebaliknya, kecurangan si ibu hanyalah secebis alasan sahaja. Ternyata ibunya tidak pernah curang dan menjadi mangsa keadaan. Memang benar dia pantang mendengar perkataan curang itu. Apa pula keadaan dia dan Aril yang dipandang orang sekeliling sebuah kecurangan? Benar, dia berasa diri sangat istimewa setiap kali di sisi lelaki itu. Kekurangan diri berbanding Melissa membuatkan Zalea merasakan dirinya sering ketinggalan. Manakan tidak, Melissa sering menjadi perhatian lelaki. Dia hanya jatuh nombor dua atau tidak tersenarai langsung. Zalea selama ini kurang kasih sayang lelaki dalam hidup, pastinya sangat menghargai kehadiran Aril. Hanya kerana itukah atau tersimpan maksud lain? Tidak! Zalea tahu batas-batasnya ketika bersama Aril. Dia sedar dia terbawa-bawa dengan kekosongan hidup yang mula dirasakan terisi.

Melissa pula terlalu naif dan baik dalam mempertimbangkan sifat orang sekelilingnya. Apabila Aril kelihatan berdampingan dengan gadis lain, sahabatnya sendiri, ahli keluarga dan teman terdekat sangat bersimpati dengannya. Kebaikannya itu sangat dikagumi. Zalea punya alasan mengapa dia perlu mendampingi Aril. Melissa pula ada persepsinya sendiri terhadap Zalea dan kebaikannya memang tidak boleh dipertikaikan. Aril pula memang dia lelaki dan kerana itu sifatnya begitu. Tidak perlu ada alasan mengapa lelaki curang atau memandang wanita lain. Sememangnya itulah dia lelaki.

Benarkah Aril yang Curang?

Nanti dulu! Bersikap adil terhadap lelaki juga perlu. Menuduh melulu mereka sifatnya begitu, pasti ada yang marah. Dalam keadaan ini, Aril punya alasan tersendiri mengapa dia begitu tertawan dengan eksotiknya Zalea. Dia tertanya-tanya mengapa lelaki tidak memandang wanita beraut wajah seperti Zalea sangat cantik. Nampaknya dia salah seorang daripada mereka yang hanya memandang kecantikan seperti dimiliki Melissa paling ideal di pandangan mata. Selepas mengenali Zalea, dia jatuh simpati pula dengan latar belakang kehidupannya. Bagaimanakah agaknya jika tiba harinya Zalea mahu bernikah? Dia ada dua wali yang kuat tetapi mereka pula menafikan dia darah daging mereka? Dunia ini kadangkala tidak berlaku adil. Allah berikan akal tetapi disalahgunakan atau tidak mempertimbangkannya dengan sewajarnya.

Setelah itu Zalea juga menyedari Aril merapatinya kerana simpati. Mula-mula ada kenakalan, tarikan di antara lelaki dan perempuan. Begitu pun dia menyedari akan hubungan Aril dan Melissa tidak boleh dipisahkan. Zalea sendiri sering akur dengan kejelitaan Melissa dan dia akan kalah beribu-ribu kali. Hendak dibandingkan mereka berdua bagaikan langit dan bumi. Lalu Zalea kembali jadi penunggu sepi yang mengharapkan lelaki sebaik Aril muncul jadi penyelamatnya. Pastinya diri Aril yang telah menjadi milik Melissa takkan disentuh. Malah, kasih sayang Aril bagaikan kehadiran kasih si abang yang dipisahkan daripadanya.

Aril Tak Bermaksud untuk Curang , Tapi…

Aidil, adik kepada Aril yang menyaksikan abangnya semakin intim dengan Zalea naik berang. Dia pula asalnya sahabat baik Melissa. Kerana memperkenalkan Melissa kepada keluarga, Aril telah jatuh hati kepada sahabatnya itu. Pasti sahaja dia benci melihat Melissa diperlakukan begitu. Zalea terang-terangan menjemput Aril keluar dari kediaman mereka. Aril pula menunjukkan kasihnya depan-depan mukanya. Sehinggalah berlaku pertelagahan antara Aidil dan Aril. Sudahnya Aril mula mengesyaki Aidil sebenarnya menaruh hati kepada Melissa. Hm… Memang rumit keadaan ini..

Jadi, siapakah perlu dipersalahkan? Atau tiada siapa yang bersalah tetapi keadaan itu hanyalah kebetulan dan telah disuratkan terjadi? Masing-masing punya alasan kukuh. Hati kita pastinya ada rasa kasihan kepada Melissa, benci dengan Zalea dan menyalahkan Aril seperti Aidil. Ada pula yang kasihankan Zalea dan menyanjung Aril kerana pemikiran positifnya itu.

Tetapi lazimnya memang Melissalah heroin di sini. Dan ada pula yang mahu Melissa berdampingan dengan Aidil saja. Lupakan Aril yang semudah itu terjatuh hati dengan gadis lain hakikatnya Melissa lebih cantik dan menawan. Orang paling marah dalam soal ini tentunya mereka yang pernah dicurangi. Tidak pun kita satukan saja Zalea dan Aidil. Sebetulnya subjek ini sukar dicari siapa salah dan siapa yang benar.

Pada pendapat kamu, adakah benar Aril yang curang terhadap Melissa? Apakah Zalea sebenarnya mengambil kesempatan atas simpati orang lain? Adakah pula Melissa yang tolol membenarkan kecurangan berlaku di depan matanya? Pada pendapat kamu, siapa sebenarnya yang bersalah?

Siapa yang paling terluka?