IMG_1644

Rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic Kembali

Share

Musim keempat Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 menemui peminat dan penganjuran Kempen Chef’s Like memberi lebih banyak ganjaran, aktiviti meriah dan keseronokan semua pengguna produk Pensonic.

Tiga tahun berlalu, banyak kenangan manis dirakamkan termasuk acara memasak beramai-ramai dalam peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, peraduan ‘Instagram’ juga banyak penyertaan. Pendek kata banyak lagi peraduan dan aktiviti telah diadakan istimewa untuk pengguna Pensonic yang setia.

Rancangan popular “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” kali ini kembali dengan aksi lebih hebat dalam 8 episod. Saksikan setiap episod penampilan selebriti terhangat dan barisan pemenang peraduan bersama-sama menyediakan sajian enak bersama Dato’ Chef Ismail.

IMG_4770IMG_4771

Antara selebriti yang tampil kali ini seperti Mark Adam, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia. Bukan sekadar menonton selebriti beraksi di dapur, penonton boleh menyertai peraduan ‘Tonton & Menang’ di akhir rancangan.

Konsep berkongsi resipi memasak ini mendapat sambutan ramai dengan penonton tertinggi mencecah lebih 780,000 orang. Jumlah keseluruhan yang telah menonton rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic pada tahun lalu ialah 4.7 juta penonton. Akibat sambutan menghangatkan, rancangan ini diteruskan ke musim baharu tahun ini.

Tahun lepas, setiap pemenang telah berpeluang untuk memasak dengan DCH Ismail dan selebriti tempatan di rumah pemenang. Bagi tahun ini, kami melakukan sesuatu yang berbeza. Rancangan ini yang melibatkan 12 selebriti tanahair bersama DCH Ismail telah dirakamkan di 8 lokasi menarik yang menampilkan 7 restoran dengan masakan yang berbeza.

IMG_1649 IMG_1639 IMG_1704

Setiap restoran ini mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India. Chef profesional di restoran masing-masing telah menyediakan hidangan yang lazat manakala 7 pemenang tersebut juga turut menyediakan hidangan yang menyelerakan dalam rancangan ini.

Bermula dari 8 Mei, 8 episod akan disiarkan di TV3 setiap hari Isnin dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Episod terakhir rancangan ini akan disiarkan pada 3 Julai 2017. Siaran khas juga akan dipaparkan di halaman Facebook Pensonic setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam di bulan Ramadhan.

Penonton di rumah yang menonton rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” juga berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” di halaman Facebook Pensonic. Kami berharap rancangan ini menyemarakkan lagi semangat penonton supaya mereka memasak di rumah. Rancangan ini akan membantu penonton dengan memberi panduan kepada penonton mengenai cara-cara menyediakan hidangan yang sihat dan lazat dengan cepat dan mudah.

IMG_1508 IMG_1509

Peralatan gaya hidup dapur Chef’s Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi dan kreativiti untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan hasil masakan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Peralatan dalam siri Chef’s Like termasuk Pembuat Roti (Bread Maker) PBM-2000, Kelalang Thermo (Thermo Flask) PTF-5002, Pengisar (Blender) PB-801, Pencampur (Mixer) PM-214, Periuk Serbaguna (Multi-cooker) PMC-150G, Dapur Induksi (Induction Cooker) PIC-2000, Pengukus (Steamer) PSM-1603, Periuk Nasi (Rice Cooker) PSR-17N, Ketuhar Elektik (Electric Oven) AE-19N, Ketuhar Perolakan (Convection Oven) PRO-910, Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) PMW-2003 dan ‘Air Fryer’ (PDF-2201).

Kelas memasak dan demonstrasi bertumpukan kepada bagaimana untuk menyediakan hidangan tempatan yang lazat dan mudah dengan menggunakan produk Chef’s Like Pensonic untuk mendorong rakyat Malaysia supaya memasak sendiri untuk keluarga dan rakan-rakan. Memasak dan makan bersama keluarga memupuk semangat kekeluargaan, keakraban, kemesraan dan perpaduan. Keluarga yang makan bersama-sama akan kekal bersama-sama. Dengan peralatan dapur Chef’s Like Pensonic di rumah anda, sesiapa pun boleh menjadi seorang chef pakar di rumah seperti yang ditunjukkan oleh DCH Ismail dalam rancangan masakan beliau.

Nikmati makanan yang sungguh lazat dan detik-detik indah bersama orang-orang yang tersayang dengan peralatan gaya hidup Chef’s Like Pensonic di rumah anda!

Poster

Peserta Di Cari

Pensonic telah menganjurkan acara memasak beramai-ramai di West Boulevard, One City di mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail semasa demonstrasi masakan yang diadakan secara langsung. Semua keperluan untuk para peserta bagi acara memasak bersama-sama DCH Ismail disediakan oleh Pensonic, termasuk bahan-bahan mentah, peralatan memasak dan apron. Para peserta sangat bertuah kerana mereka telah berpeluang belajar, diselia dan beramah mesra dengan Chef terkenal DCH Ismail, yang telah mewakili Malaysia dalam banyak acara pelancongan. Para peserta juga membawa pulang masakan yang telah mereka masak sendiri untuk dikongsi bersama keluarga, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM400.00 termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!

Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempat (2017) Pensonic yang akan diadakan daripada bulan April hingga Julai 2017 menonjolkan konsep yang berbeza sedikit kerana kempen ini memberi ganjaran kepada para pengguna yang telah menyokong peniaga-peniaga sehingga kini. Jika anda tidak berpeluang menyertai acara memasak bersama-sama Pensonic tahun lalu, kini peluang anda untuk bertemu dengan Duta Pelancongan Masakan Asli Melayu Malaysia dan Rakan Pensonic Dato’ Chef Haji Ismail, akan mengadakan kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih. Kami akan mengadakan banyak peraduan-peraduan di mana pemenang dapat membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk Periuk Serbaguna Pensonic, oleh itu jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.

Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017):

  • Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
  • CY Cash & Carry, Kedah (5 Mei 2017, 11.00 pagi, Jumaat).
  • Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
  • HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
  • AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
  • Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
  • Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
  • Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
  • senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad).

Kunjungi kedai-kedai terpilih untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyertai Kempen Kembara Memasak Pensonic Chef’s Like Musim Keempat (2017).

Semasa kempen Chef’s Like, sudah menjadi kebiasaan untuk kami memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna dengan memberi peluang kepada pengguna-pengguna menjadi ‘bintang’ dalam rancangan memasak “Chef Mail Masak Bersama Pensonic”. Disamping pengguna-pengguna berpeluang menampilkan bakat memasak di televisyen, mereka juga dapat memasak bersama selebriti tanahair dan DCH Ismail. Pengguna-pengguna yang menjadi ‘bintang’ dalam rancangan ini merupakan pemenang dalam peraduan “We Want You To Be On TV” Facebook Pensonic. Peserta rancangan ini hendaklah menghantar resepi mereka beserta gambar dan langkah-langkah masakan. Tujuh pemenang telah dipilih untuk menjadi ‘bintang’ dalam rancangan “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017”.

Mengenai Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail

Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail (DCH) berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan duta masakan tempatan Malaysia yang terkenal. Beliau sering dijemput dalam dan luar negara untuk memperkenalkan hidangan tradisional tempatan yang enak melalui demonstrasi masakan beliau. DCH Ismail adalah duta jenama Pensonic sejak tahun 2005.

Mengenai Kumpulan Pensonic

Kumpulan Pensonic diasaskan pada 1965 sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun 1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan pengedar Peralatan Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia.

Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya, Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk peralatan rumah jenama-jenama terkemuka seperti Lebensstil Kollektion dari Germany, Cornell dari USA, Indesit dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.

Disahkan ISO 9001-2000 sejak tahun 2002, Pensonic disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.

Anda dijemput melayari laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: http://pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770  untuk maklumat lanjut.

 

IMG_0274

Selera Asia di GinRikSha

Share

Sesekali menerima undangan rebiu makanan, hati melonjak gembira kerana menu di GinRikSha ini sungguh luar biasa enak.

16649505_247459432332132_1907737714271385513_n

Bangunan De’Laman Sedia Dijadikan Ruang Acara

Share

Andai kamu sedang mencari ruang acara untuk apa sahaja rancangan kamu, ruang De’Laman ini pasti destinasi paling sesuai. Intai apa istimewanya ruang ini.

Print

Peraduan Hebat: Serlahkan Bakat Memasak Bersama Pensonic

Share

Setiap kamu pasti memiliki bakat terpendam sebagai tukang masak di rumah. Apabila memasak, kamu gembira sekali dapat menjamu ahli keluarga atau teman-teman. Jadi, apa salahnya berkongsi menu kamu dengan penonton TV3 pula.

img_1290

Mistletoe’s Magic di Cinnamon Coffee House

Share

Meriahkan lagi Hari Natal di One World Hotel dengan sajian enak di Cinnamon Coffee House. Setiap kaunter menyajikan menu hebat masing-masing. Sungguh asyik untuk hari keraian. 

image-4-top-3-finalists

McD Cungkil Bakat Si Cilik

Share

Pertandingan Bercerita McDonald’s 2016 peringkat akhir berlangsung dengan kehadiran Pak Nil dan Zain Saidin sebagai juri sangat meriah. Pemenang sudah dinobatkan dan semestinya adik-adik ini gembira.

img_1233

Makan-Makan di Armada

Share

Betapa kita hidup rukun di Malaysia saling menghargai setiap musim perayaan. Sementelah hujung tahun menjelang, ke manakah kamu mahu menjamu teman-teman merayakan Krismas dan menyambut tahun baru?

img_3949

Ais Krim Ohsemm

Share
Paling tidak boleh menolak, ke acara yang melibatkan bisnes anak tempatan. Bangga melihat gigihnya pemuda ini memulakan perniagaan dari bawah sehingga kini meningkat namanya. Ais krim Ohsemm pastinya akan terus menempa nama di Malaysia.
img_1129

Bagaimana Elak ‘Cheat Day’

Share

Tamat bulan kedua saya hampir tewas. Sekali lagi coach menyelamatkan saya dari tercicir jauh. Hey, saya manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan sedang melawan dengan diri sendiri. Memang mahu mengamalkan ‘clean eating’  sangat sukar dan mencabar. Apatah lagi mengelak ‘cheat day’.

jurney2

Jurnal Fit di Xclusive Fitnesz

Share

Kadang-kadang kita tidak menduga kemampuan diri selagi tidak memaksa untuk mencuba. Saya masih lagi di sini, Xclusive Fitnesz, saban hari melakukan senaman demi memperbaiki diri.