Share

Pernahkah bibirmu mendapat perhatian lelaki? Mahu kelihatan menawan sepanjang hari tetapi kekal selesa sentiasa. Lipaholic semestinya gincu pilihan yang paling serasi menemani harianmu. Koleksi 4U2 Cosmetic ini memang menambat hati.

Empat pilihan Lipaholic, saya paling gemar gincu pale. Sejak dahulu memang saya menggemari tona pucat, lantas ramailah menegur wajah lebih pucat tidak berseri dan sebagainya. Memang sentuhan hujung jari diperlukan untuk sebatikan warna ini dibibir. Jennifer Lopez sering menggayakan tona pale dari album pertamanya. Inspirasi! Haha…

Saksikan saya di YouTube Marini Mat Zain mencuba enam Lipaholic ini.

IMG_8442 IMG_8441

Sejak memakai Lipaholic, ramai teman-teman menegur terutama lelaki yang memuji warna bibir yang cantik. Smile! Kalau nak cuba boleh sahaja. Manalah tahu mampu menambat si dia yang jadi idaman.

Saya menggemarinya kerana struktur materialnya yang selesa dioles ke bibir. Tidak menyebabkan bibir jadi kering atau terkena efek dari bahan kimia. Ada sesetengah gincu memang mempunyai bahan kimia dan ada ketikanya tidak kena dengan kulit individu. Saya memastikan memakainya beberapa lama sebelum benar-benar membuat rebiu di sini.

Ini lah hasilnya setelah beberapa bulan memakainya.

Inilah hasilnya setelah beberapa bulan memakainya.

IMG_8325 IMG_8324IMG_8331

Tidak hairanlah gincu creamy ini mendapat perhatian wanita Asia terutama di Thailand dan juga Filipina. Tekstur yang creamy dan tahan lama memberi kelembapan berpajangan pada bibir. Saya memakainya di lokasi shooting, ke acara rasmi atau percutian.

Warna pilihan pula saya pilih dari acara atau aktiviti dilakukan. Untuk kerja dan aktiviti percutian semestinya warna kesukaan ‘pale’ atau coklat jadi pilihan. Acara malam saya lebih suka warna lebih garang.

Kerjaya produksi memerlukan saya lebih pantas dan kelihatan lebih natural. Berada di belakang kamera untuk terbitkan acara travelogue ini saya perlu material kekal dan tahan lama seperti ini.

Kerjaya produksi memerlukan saya lebih pantas dan kelihatan lebih natural. Berada di belakang kamera untuk terbitkan acara travelogue ini saya perlu material kekal dan tahan lama seperti ini.

IMG_3558

Saksikan promosi rancangan saya kendalikan dengan memakai Lipaholic sepenuhnya. Untuk rancangan sendiri, berada di depan kamera pula, saya masih berpenampilan sama.

12321442_10153716823908401_4488447465742067649_n

 

Seterusnya percutian…

Destinasi kesukaan semestinya Bali. Sepanjang percutian lalu saya ditemani Lipaholic.

Destinasi kesukaan semestinya Bali. Sepanjang percutian lalu saya ditemani Lipaholic.

 

Acara rasmi seperti jemputan menjadi juri bersama rakan selebriti di sebuah pertandingan, saya memilih warna rona terang.

Acara rasmi seperti jemputan menjadi juri bersama rakan selebriti di sebuah pertandingan, saya memilih warna rona terang.

13100672_10153799358243401_4422011710888146294_n

Acara klien atau jemputan rakan-rakan blogger pula…

Acara malam perlu lebih warna terang dan garang.

Acara malam perlu lebih warna terang dan garang.

Terdapat enam warna baharu koleksi seperti merah, ungu gelap, tiga variasi warna merah jambu dan jingga coral. Pilihan warna saya sebut tadi disifatkan warna-warna berani tetapi mengikut trend semasa.

Kalau mahu mencuba, dapatkan di Watsons, Tesco Rawang, Tesco Klang, Tesco Cheras, Tesco Mutiara Damansara dan Desa Pandan. Juga di RX Pharmacy (Langkawi), Goo Goo Beauty (Sg. Wang) dan melalui rakan niaga terpilih.