Share

Komitmen besar menyarung hijab, perlu pakai biar menutup seluruh dada. Pada era gaya hijab menjadi kegilaan dan pemakaian yang pelbagai, Lady Aderissa Couture jadi sinar baharu dunia hijab.

Berpegang kepada prinsip trendy mengikut syariat, jenama tudung terkenal dalam talian, Lady Aderissa Couture atau LAC menawarkan pelbagai jenis tudung bersaiz besar dan labuh dengan rekaan moden yang menarik.

Pengasasnya, Izzah Jaslenda berkata, keistimewaan tudung LAC terletak pada pematuhan kepada tuntutan syariat dan kualitinya.

“Kepakaran kami adalah menghasilkan tudung segera atau instant hijab, tudung separa segera atau semi instant, selendang lebar dan tudung bawal bersaiz besar, labuh, dengan kualiti terbaik.

???????????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????????????????????

Ternyata hijab di sini boleh didapati dalam saiz bermula 1.8 meter ke 2 meter atau lebih dengan harga serendah RM49.90 sehingga RM219.

“Matlamat kami adalah supaya wanita Islam dapat menutup aurat dengan sempurna mengikut tuntutan syariat namun tetap kelihatan bergaya dan kontemporari,” katanya yang pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebelum menceburi bidang keusahawanan tudung secara sepenuh masa.

Kualiti dan keunggulan jenama LAC juga diiktiraf apabila menjadi penaja bagi pelbagai majlis melibatkan selebriti terkemuka negara termasuk tajaan cenderahati eksklusif untuk majlis pernikahan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta tajaan pakaian untuk telefilem dan drama.

???????????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????????????????????

Izzah berkata, LAC yang membawa moto ‘Jenama Islam No. 1 Anda’ pada awalnya bergerak secara dalam talian termasuk dijual melalui laman web membeli-belah popular ZALORA sejak Disember 2015.

Kini, jenama tudung itu mula melebarkan sayapnya dengan memasuki pasaran runcit dan boleh didapati di AEON Shah Alam serta AEON Kota Bharu bermula awal tahun ini.

Menyentuh mengenai projek terkini LAC, Izzah berkata jenama itu berjaya mengeluarkan pakaian pejabat plus size pertamanya yang menampilkan dua rekaan eksklusif dan bergaya, iaitu #MayesaBlouse dan #BalqeesBlouse.

???????????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????????????????????

Katanya, LAC juga mengukir satu lagi sejarah manis apabila ia kini telah membuka butik pertamanya di Bangi Sentral pada awal Ogos yang lalu.

“Hasrat kami adalah untuk memartabatkan tudung yang mewah dan berkualiti dengan harga mampu milik, insya-ALLAH,” katanya.