Share

“Aku tak suka shopping online. Takut baju yang dibeli tak muat. Tak pun, kain tak berkualiti. Buat sakit hati  saja,” – itu antara luahan rasa sesetengah pihak yang membuat pembelian pakaian secara online. Dek kerana situasi inilah, jenama pakaian online, CurvyAyu mengambil inisiatif menghasilkan pakaian berkualiti, sesuai digayakan pada bila-bila masa dan yang paling penting, boleh digayakan oleh ‘real women’.

Sesuai dengan tagline, ‘Love your curve & remember style has no size’, pakaian CurvyAyu didatangkan dalam potongan saiz sedikit berbeza (lebih besar) dengan saiz yang ada di pasaran. Ini bagi memastikan wanita sebenar di luar sana boleh menggayakan pakaian jenama CurvyAyu. Percayalah, pembelian anda pasti tidak mengecewakan.

Biarpun baru beberapa bulan mengintai peluang di dunia digital, CurvyAyu tidak mahu ketinggalan memeriahkan suasana Ramadhan / Raya kali ini. Koleksi Raya CurvyAyu hadir dengan empat koleksi menawan iaitu Blaus Batik Songket, Jaket Ringan Batik Songket, Gaun Sarah dan juga Gaun Amanda.

AmandaDress_Maroon AmandaDress_Grey

Gaun Amanda 

Gaun Amanda ini menggunakan fabrik ‘soft linen’ untuk menyuntik kesan lebih elegan. Satu keistimewaan fabrik jenis ialah ia tidak mudah berkedut dan bersifat ringan. Selain itu, penggunaan fabrik tona berbeza pada lengan dan pinggang memberi ilusi lebih ramping kepada si pemakai. Gaun Amanda boleh didapati dalam dua warna iaitu merah hati (maroon ) dan kelabu (grey) dengan harga RM168 sehingga hujung Ramadhan.  Terdapat dalam size S, M,L dan XL.

Blaus / Jaket Ringan Batik Songket 

Koleksi batik ini terdiri daripada Blaus & Jaket Ringan yang boleh didapati dalam tiga warna berbeza iaitu Hitam, Biru dan Hijau.  Koleksi ini sesuai digayakan pada bila-bila masa kerana ia diperbuat daripada fabrik kain kapas dan berpotongan longgar. Hanya boleh didapati dalam FREE SIZE, koleksi batik ini diperkenalkan pada harga RM69 sepanjang Ramadhan ini.

AmandaDress_Maroon AmandaDress_Grey

Gaun Sarah

Koleksi yang diinspirasikan daripada fesyen Muslimah Dubai ini cukup istimewa kerana ia untuk wanita yang berani tampil berbeza. Boleh digayakan bersama legging, jegging, palazzo, mahupun skirt maxi berpotongan A. Gaun Sarah boleh didapati dalam tiga saiz iaitu L, M, & L dengan tiga warna menawan. Gaun Sarah menggunakan Sutera Crepe untuk keselesaan si pemakai.  Tidak panas, lembut dan sesuai digayakan dalam cuaca panas. Gaun Sarah boleh dibeli dengan harga RM168 sepanjang Ramadhan ini.

 

Keempat-empat koleksi ini adalah cetusan idea pemilik CurvyAyu yang percaya wanita bertubuh besar juga perlu berani bergaya. Bukan terlalu selesa dengan pakaian yang cuba menyembunyikan bentuk badan.

Jom belek-belek koleksi berikut, mungkin ada yang berkenan di hati. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Instagram CurvyAyu untuk lebih banyak pilihan. Jangan lupa like Facebook CurvyAyu untuk perkembangan terkini.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 017 – 2822 393. Gaun Sarah dan Amanda juga boleh dibeli di www.gemfive.com