Share

Pertandingan Bercerita McDonald’s 2016 peringkat akhir berlangsung dengan kehadiran Pak Nil dan Zain Saidin sebagai juri sangat meriah. Pemenang sudah dinobatkan dan semestinya adik-adik ini gembira.

Acara kemuncak ini menyaksikan kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun membuat persembahan akhir dengan gaya bercerita masing-masing. Sangat comel! Dianjurkan sempena Program Buku Happy Meal McDonald’s, pertandingan ini merupakan inisiatif McDonald’s untuk mengeratkkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti bercerita dan membaca.

Selama 9 minggu, sebanyak 15 finalis dari 330 jumlah penyertaan keseluruhan telah disenarai pendek oleh McDonald’s; menerusi uji bakat yang diadakan di restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Dalam persediaan mereka untuk ke peringkat akhir, kesemua finalis menerima bimbingan khusus dari selebriti terkenal tanahair – Datuk Aznil bin Haji Nawawi.

image-5-aiden-pu-chern-wei-promising-storyteller-award image-10-judges

Semasa pertandingan akhir ini, kanak-kanak ini telah mempersembahkan cerita mereka di hadapan panel hakim yang amat tidak asing lagi iaitu Datuk Aznil, Zain Saidin, Brigitte Rozario, penulis buku kanak-kanak, Thanabalasingam Balakrishnan, Ketua Kerjasama untuk Make It Right Movement (MRIM) dan juga Puan Irma Wahyuny Ibrahim, pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Antara kriteria-kriteria yang dinilai termasuklah persembahan pentas, bahasa badan dan juga kreativiti menggunakan ‘props’ untuk penceritaan.

“McDonald’s amat mementingkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat. Kami sentiasa komited dalam menyediakan sesuatu yang mudah, senang malah memberi kenangan manis kepada para pelanggan; bukan sahaja melalui makanan yang dihidangkan tetapi juga pengalaman McDonald’s secara keseluruhan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

image-1-ong-yan-han-grand-prize-winner

Ong Yan Han, 6 tahun, dari Pulau Pinang dengan tajuk cerita ‘Jack and the Beanstalk’ memenangi hadiah utama percutian keluarga 4 orang ke Warner Bros. Movie World, Australia dan juga hadiah berjumlah RM5,000 untuk sekolah beliau.

image-2-kaisah-amnani-mohd-khairuddin-2nd-prize-winnerimage-3-farisya-ain-mohd-zaidie-3rd-prize-winner

Manakala Kaisah Amnani Mohd Khairuddin, 8 tahun, dari Putrajaya memenangi tempat kedua – percutian keluarga 4 orang ke The Wizarding World of Harry Potter, Jepun termasuklah RM3,000 untuk sekolahnya. Tempat ketiga pula dirangkul oleh Farisya Mohd Zaidie, 7 tahun, dari Kota Kinabalu yang membawa pulang hadiah percutian keluarga 4 orang ke Universal Studio, Singapura dan RM2,000 untuk sekolah beliau.

Tiga finalis ini turut menerima hadiah sampingan lain iaitu baucar buku bernilai RM500 dan sijil hadiah McDonald’s bernilai RM500. Dua belas pemenang saguhati lain menerima hadiah berjumlah RM1,000, baucar buku bernilai RM500, sijil hadiah McDonald’s bernilai RM250 dan juga kelengkapan alat tulis bernilai RM250.

Semasa penyampaian hadiah, Datuk Aznil turut menyampaikan anugerah istimewa ‘The Promising Storyteller’ kepada empat pemenang saguhati – Aiden Pu Chern Wei dan Aiden Panchalingam dari Petaling Jaya, Vanessa Yap dari Seremban dan Eva Chung Jie dari Kuching. Mereka menerima wang tunai RM500 setiap seorang menerusi sumbangan ikhlas Datuk Aznil.

Untuk maklumat lanjut Pertandingan Bercerita McDonald’s, layari laman web McDonald’s Malaysia di: https://www.mcdonalds.com.my/storytellingcontest/.