Share

Betapa kita hidup rukun di Malaysia saling menghargai setiap musim perayaan. Sementelah hujung tahun menjelang, ke manakah kamu mahu menjamu teman-teman merayakan Krismas dan menyambut tahun baru?

Saranan saya adalah Armada Petaling Jaya yang menghidangkan varian menu enak. Terletak di Petaling Jaya, tidak sesibuk di kota raya dan mudah mendapatkan pakir. Utara Coffee House terletak di tingkat bawah mewah dengan dekorasi musim perayaan. Semestinya lebih meriah dan menyelerakan.

img_1254
img_1259img_1256

Antara menu disediakan termasuk salad dan makanan laut segar, menu tradisi Krismas dan pasti tidak dilupakan pemanis mulut. Semestinya menu utama Roast Turkey bersama Cranberry De Glace dan Trimmings tidak dilupa. Enak pula dimakan dengan Crustacean Mushroom, Roast Duck Ripieni bersama Calvados dan Gratinated Oyster bersama Bayam.

img_1242 img_1238 img_1237

Bagi penggemar daging jangan lepaskan peluang mencuba Beef Medallion bersama Mushroom Crust. Siapa tidak suka Crab Cannelloni dan Christmas Fried Rice bersama Raisins & Nuts. Sekadar menyebut beberapa menu menyelerakan dan pasti lebih banyak lagi disediakan.

Sempurna menu utama, nikmatilah pemanis mulut Christmas Pudding bersama Custard Sauce, Klasik Yule Log Cake, Fruit Mince Pies dan Lemon Meringue Pie. Raikan musim perayaan dan tahun baru bersama Armada Petaling Jaya. Disediakan juga persembahan muzik secara langsung.

CHRISTMAS EVE & NEW YEAR’S EVE BUFFET DINNER

24 DEC & 31 DEC 2016

CHRISTMAS & NEW YEAR’S DAY HI-TEA BUFFET

25 DEC 2016 & 1 JAN 2017