Lipstick Jungle vs Cashmere Mafia…

Share

Kelmarin, aku maraton Cashmere Mafia. Sebelum ini aku maraton Lipstick Jungle… Semalam, aku langsung tidak berkesempatan mengisi ROD. Aku keletihan kerana masalah kesihatan aku. Harap-harap bertambah baik kerana akan aku jauhi makanan laut buat sementara. Ouch…! Pagi ini jam 2.45 pagi aku mahu berkongsi drama siri kegemaranku ini. Benar, ia masih belum disiarkan di sini. Melihat promosi Lipstick Jungle di channel E! sangat menggoda perasaan. Drama ini ternyata mula menjadi tumpuan apatah lagi Brooke Shield menjadi salah seorang wanita Lipstick Jungle bernama Wendy Healy, orang kuat dunia perfileman. Ada watak menggoda Nico Reilly lakonan Kim Raver sebagai editor majalah tersohor. Namun aku paling menyukai watak Victory Ford lakonan Lindsay Price, serang pereka fesyen baru hendak menempa nama. Menerusi Cashmere Mafia pula aku mengenali watak Lucy Liu sebagai Mia Mason, Publisher berjaya, Frances O’Connor sebagai Zoe Burden, Miranda Otto sebagai Juliet Draper, berkuasa dalam dunia perhotelan dan Bonnie Sommerville sebagai Caitlin Dowd, pemasar produk kecantikan.

Lipstick Jungle

Cashmere Mafia

Kedua-dua drama siri ini hebat. Aku berasa dekat dengan semua watak kerana mereka ini ada di sekelilingku. Aku Penulis yang menjawat jawatan sebagai Penolong Editor pastinya kenal benar orang majalah seperti Nico dan Mia, orang filem seperti Wendy, pereka fesyen seperti Victory, orang hotel seperti Juliet dan wakil produk kecantikan seperti Caitlin. Cuma Zoe daripada dunia perbankan sahaja mungkin hanya aku kenal kerana mengejar hutang kredit kad, rumah dan kereta. Aduhai…! Sejak harga minyak naik lagi, kewangan semakin kurasakan menyusut pantasnya. Jadi tidak perlulah nak berangan-angan menjadi macam orang-orang dalam Sex And The City, Desperate Housewives, Gossip Girl, kerana dunia mereka jauh sekali picisannya. Sekadar drama siri menghiburkan jiwa selepas membelek bil-bil berlambak.

Mia dan Victory, dua wanita Asia masing-masing hebat dengan gaya hidup kota New York.

Scene Lipstick Jungle di butik ini sama lokasi dengan salah satu scene Gossip Girl ketika Jenny bertemankan ibu Serena bertembung ibunya.

Selain hebat berfesyen, solekan menawan dan gaya hebat aksesori diri juga elektronik, tidak dilupakan aksesori toy boy. Nico Lipstick Jungle di goda oleh lelaki jurugambar kacak lagi hebat. Caitlin daripada Cashmere Mafia pula wanita yang masih keliru tentang seksual dirinya… Straight atau PLU. Apa pun aku lebih seronok menonton Lipstick Jungle dan kerenah Victory paling menawan. Apa pun, aku sudah mengantuk dan biarkan aku tidur. Esok kita bertemu lagi… Setuju?

Fashionmafia!

Share

All about Cashmere Mafia…

Fashionista!

Share

It’s all about Lipstick Jungle…

Fashiontribes!

Share

All about Gossip Girl…

Rini’s Online Diary

Share

15June2008

Huh, aku hairan bagaimana orang lain mampu mengisi ruang ini saban hari kerana aku mengambil masa beberapa bulan mahu memulakannya. Bagaimana coraknya Rini’s Online Diary atau ROD mahu aku isi? Berkongsi kisah seharian aku lalui atau kegemaran-kegemaranku atau kerjaya atau jatuh pada perihal peribadi paling sulit juga? Bayangkan, jam 4.30 pagi aku masih tidak dapat melengkapkan satu perenggan pun. I’m stuck! Kini 5 pagi genap aku masih terkial-kial menyudahkan tulisan ini sambil menonton Gene Simmons Family Jewels marathon di [V] Channel (lama sudah tidak mendengar khabar Nini [V] Channel dan aku bagai mendengar di telinga suara Nicholas Saputra di telefon bimbitku sambil mengucapkan selamat hari jadi, hadiah daripada Nini April lalu).

Aku seronok menonton keluarga Simmons dan pastinya Nick Tweed-Simmons si tinggi 6’7 menjadi jamuan mata. Kata teman baikku Oda a.k.a Kimora, rupa dan fiil si Nick Simmons macam seseorang dikenali yang tingginya kurang empat inci sahaja. Hmm…

Jam menunjukkan angka 6 petang dan aku baru pulang dari Gossip Girl Party anjuran 8TV di Bakerzine, 1 Utama. Segala-galanya tentang Serena, Blair, Dan, Nate dan Chuck. Selepas demam Sex and the City, Desperate Housewives, kini Gossip Girl mengambil tempat. Musim pertamanya sedang ditayangkan. Berbeza dengan Sex and the City, Gossip Girl perihal anak-anak remaja. Cuma impak berfesyen daripada kedua-dua siri ini sangat besar pengaruhnya. Tadi saja party Gossip Girl mensyaratkan tetamunya hadir dengan dress code New York Preppy.

Gossip Girl bukan sahaja digilai wanita, malahan lelaki juga menontonnya.

Bukan sahaja berkisar pada fesyen, malahan kegunaan telefon bimbit sangat trendy pastinya menggoda perasaan penggemar barangan teknologi.