Share

Sesekali menerima undangan rebiu makanan, hati melonjak gembira kerana menu di GinRikSha ini sungguh luar biasa enak.

Semua sajian disediakan dimasak sendiri chef memang luar biasa menyentuh rasa. Ibarat pulang menjamu selera di rumah keluarga. Gandingan perisa Asia sangat unik dengan pengalaman makan malam penuh kasual.

GINRIKSHA1GINRIKSHA2

Destinasi GinRikSha terletak di Bukit Damansara, menunya bercitarasa India namun diberi nafas lebih baharu. Jangan lepaskan peluang mencuba Butter Chicken Poutine, sajian klasik Kanada dengan sentuhan citra India. Varuval Quesadilla pula adalah kambing digoreng dengan lada hitam dan dibalut keju tortilla dan Masala Mussels yang dimasak dengan rempah dan santan.

Apa menu pilihan saya malam itu?

IMG_0266IMG_0267

Saya mencuba Pop Corn Tempura, jagung digoreng enak sangat rangup. Saat berbual-bual dengan teman, ini menu paling melekakan.

IMG_0272 IMG_0273

Percayalah Garlic and Mushroom Soup disediakan pekat dengan pati dan terasa segala rasa. Roti rangupnya sangat enak dicicih sup. Tidak ketinggalan Pumpkin Soup.

IMG_0278

Bagi penggemar masalah, Bombay Masala Salmon pasti membuka selera.

IMG_0270

Oh, Spicey Honey Garlic Rack of Lamb yang paling sedap dan win pernah saya rasa.

IMG_0287

Jangan lupa memesan Chocolate Bread & Butter Puding yang rasanya lengkap manis dan penuh coklat.

IMG_0295 IMG_0294 IMG_0293

Dekorasi restoran mengambil inspirasi warna Asia. Sentuhan old school sangat menarik dengan tergantungnya tayar basikal berwarna-warni di antara pencahayaan. Ruang duduk al-fresco pula menerima sentuhan bohemian sangat selesa untuk duduk santai.

GinRikSha sering menambah baik menu disajian untuk kejutan pada pengunjung. Jumaat malam paling meriah dengan adanya Friday Night Barbecue kerana adanya sajian enak BBQ.

For more information, please contact 03-2011 1266 or visit facebook GinRikSha