Koleksi Musim Bunga/Panas 2015 Dressing Paula

Share

Memang susah hendak mencari pakaian trendi, mengikut gaya sezaman tetapi masih berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dahulu saya perlu kumpul duit kerana untuk mendapatkan pakaian berkualiti semestinya tersangat mahal. Ketika itu masih belum banyak butik yang menyediakan pakaian ready-to-wear yang sangat cantik dengan harganya berpatutan. Kalau beli di kedai murah pula, material pakaian terlampau tampak murah. Tatkala disarung, rekaanya terlalu dewasa dan hanya tidak sesuai dengan muda-mudi.

Dressing Paula Kini di Mid Valley

Share

Dressing Paula antara butik kegemaran saya kerana bukan setakat rekaannya yang trendi tetapi harganya juga berpatutan serendah RM59.90 ke RM189.90. Saya bukannya pentingkan jenama besar atau kecil tetapi penjimatan. Paling seronok saya dengar, butik Dressing Paula kini dibuka di Mid Valley. Memang destinasi membeli-belah sering dikunjungi saya bersama teman-teman.