Share

Memang susah hendak mencari pakaian trendi, mengikut gaya sezaman tetapi masih berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Kalau dahulu saya perlu kumpul duit kerana untuk mendapatkan pakaian berkualiti semestinya tersangat mahal. Ketika itu masih belum banyak butik yang menyediakan pakaian ready-to-wear yang sangat cantik dengan harganya berpatutan. Kalau beli di kedai murah pula, material pakaian terlampau tampak murah. Tatkala disarung, rekaanya terlalu dewasa dan hanya tidak sesuai dengan muda-mudi.