Share

Berada di hadapan cermin paling tidak selesa melihat adanya jeragat, parut demam campak dan beberapa noda lagi. Menyempurnakan solekan, concealer jadi teman baikmu kali ini.

Bermacam cara boleh digunakan, sebagai pelindung bayang atau noda, sebagai ‘skin perfector’ dan primer juga untuk contouring. Berikut adalah beberapa bahagian wajah yang biasa memerlukan bantuan concealer.

c

 

Kali ini saya menggunakan concealer The Body Shop yang comel dan mudah dibawa ke mana-mana. Hanya letak di dalam tas tangan dan mudah sekali digunakan. Dua tona pilihan pula memudahkan saya membuat contouring pada wajah.

unnamed

Sementara itu tidak lengkap kalau tanpa  padanan produk lain seperti CC Cream dan Foundation juga dari The Body Shop. Gabungan tona warna yang semestinya teruja untuk saya cuba.

MATA

  1. Melindung dark circles

Selain melindung dark circles, concealer juga melembutkan garis-garis halus di mata. Letakkan concealer pada bahagian bawah mata dan guna hujung jari manis untuk ratakan. Atau lebih mudah guna beauty blender saja.

  1. Menghalus dan menjadi solekan asas kelopak mata

Mampu mencerahkan kelopak mata dan menyerlahkan lagi pewarna mata. Untuk pemakaian lebih mudah, oleskan concealer pada hujung jari manis terlebih dahulu sebelum meratakannya di kelopak mata.

cocealer

WAJAH:

  1. Boleh samarkan kekurangan

Bahagian mahu disorok adalah parut jerawat, pigmentasi dan kulit kemerahan. Sapu lembut lapisan nipis pada bahagian dikehendaki dan oles tekstur krim dengan lembut untuk blend sempurna.

  1. Untuk contour

Guna dua tona concealer yang berbeza terang dan cerah untuk mengukir bentuk wajah. Warna terang mampu menyerlahkan lagi struktur tulang pipi dan beberapa bahagian lain. Untuk runcingkan wajah pula, tona gelap diperlukan.

bland

BIBIR:

  1. prime buat bibir

Melembutkan garis bibir sebelum mencalit gincu. Seperti biasa letak di jari manis dan letak lembut pada bibir. Kaedah ini juga mampu menahan gincu lebih lama pada bibir.

mmz fr b

THE FINISHED RESULTS:

Pilih produk betul, ternyata contouring wajah menggunakan concealer lebih ringan dan kurang cakey. Solekan wajah pun tidak tebal dan berat. Hanya kamu mampu mengerti mengukir wajahmu untuk lebih sempurna. Tebal atau nipis mampu dikawal mengikut kesesuaian tempat mahu dikunjungi sama ada acara santai atau rasmi.

Fotografi: @clashdonerrinphotography