Masam Manis Teater TKC
Dec
03

*Majalah (check)

*TV Magazine (check)…sungguhpun skema program mcm Ratu, Pakar Kejelitaan.. terbaru Genius…

*Filem (check)… Haq the Movie katanya…walaupun…

*Drama (check)..sampai pilot, belum sampai syurga..

*Wardrobe (check) belasah dua dua untuk TV (Oh Lelaki!, Serasi Bersama S1) dan MAJALAH (cover)..

Lagi???

*Wardrobe??? Teater???

Yup, aku dan teman-teman tekad melakukannya walaupun sanggup menerima tugasan hanya ‘last minute’ iaitu seminggu dua sebelum tirai dibuka. Kerja gila, memang, tetapi biasa dah. Serasi Bersama pun esok penggambaran, hari ini baru dapat tawaran.

Tak kisahlah sebab kami menyahut cabaran baru dalam kerjaya. Memenuhi satu lagi cabang kerja di Istana Budaya. Merasalah juga lebih dua minggu berkampung di sana.

Kami ‘enjoy’ setiap saat. Segala tugas dilunaskan dengan bajet yang diberikan cukup-cukup untuk membeli kelengkapan cast dan assemble. Kena tambah duit tapi kata orang pelaburan. Rupa-rupanya itulah duitnya yang dapat kerana sampai sudah bakinya tidak dilangsaikan si producer. Alahai, jurusolek pun seorang sudah pergi meninggal dunia. Simpati tak dapat dia merasa wang bayaran kerja kerasnya. Bak kata seorang teman, nak tunggu semua meninggalkah baru nak bayar?

Apa nak buat manusia ini bermacam ragam. Nak minta duit sendiri pun sampai malu, macam kita pula berhutang dengan dia. Sikap tak bertanggungjawab producer pula… susah nak kata… kita tidak pula berada dipihak dia… tapi satu saja nak kata.. kalau tak mampu awal-awal jangan berangan nak buat teater. Itulah padahnya kalau berkarya kerana mengejar glamor. Rasanya nak dekat setahun dah berlalu dan kami dah tak tahu nak kata apa…

 

 


Suri Cruz dan Shiloh Jolie-pitt sila ketepi kerana kini Harper Seven Beckham mendahului semua lil’ fashionista di gelanggang Hollywood.

Lahirnya Harper pada 10 Julai 2011 sangat mengembirakan Victoria dan David Beckham kerana mereka dikurniakan tiga anak lelaki sebelum ini—Brooklyn, 11, Romeo, 8, and Cruz, 5. Kehadiran si kecil jadi pelengkap keluarga bahagia mereka.

Selepas beberapa minggu dilahirkan, Harper dibawa ‘mummy’ langsung ke butik Prada dan Balenciaga. “She loved it. It was if she was saying, “Mummy I’m home!” ujar Victoria Beckham ketika di butik Prada. Sambil menggayakan dress miliknya sendiri, Victoria kekal dengan sepatu tumit tinggi kali ini Christian Louboutin jadi pilihan. Tidak semestinya bergelar ibu, anda perlu memakai ‘flats’ walaupun mendukung anak kecil. Ada berani!

Tetapi nampak gayanya Harper jadi ‘Lil Fashionista’ dek kerana ibunya yang juga pereka fesyen berjaya sejak tiga tahun ini suka mengendong Harper dengan pakaian hampir sedondon, paling tidak pun sangat bergaya. Ikut urutan gambar, Harper memakai top jenama Bonpoint dan Chloe tights, gambar kedua Harper masih menggayakan Bonpoint dan seterusnya jenama Makie sementara Victoria menyarung jenamanya sendiri.

A fashion icon at four months, Harper juga disarung jenama tersohor Stella McCartney Kids, Chloe dan Little Marc Jacobs. Selain Bonpoint, Victoria juga menyukai jenama dari London, Marie Chantal. Kedua-dua jenama itu paling banyak dalam lil closet Harper.

Sedondon! Cantik Harper memakai jenama Makie manakala ‘mummy’ pula menggayakan jenama Azzedine Alaia. Ini baru kisah pakaian tidak lagi aksesori kaca matanya, sepatu baik solekan mahupun dandanan rambut VB. Sorry, ini bukan kisah ‘mummy’ tetapi Harper Seven.

“She has so many little dresses!” ujar ‘dad’ David Beckham. Harper memakai gaun comel Little Marc Jacobs manakala Victoria kelihatan bergaya sofistikated. Seperti biasa dia menyarung but ’Vicky’ suede in camel jenama Christian Louboutin untuk koleksi autumn/winter 2011. Padahal mereka hanya di lapangan terbang LAX.

Sebagai pereka fesyen, semestinya Victoria berhasrat menghasilkan koleksi kanak-kanak. Memang telah dinyatakan kepada David dan mereka teruja untuk memulakan projek baru itu.

Semestinya BFF Eva Longoria juga menyokong apa sahaja keputusan temannya itu. Malah, Eva kerap menggayakan gaun dari koleksi VB.

Sepatu enam setengah inci Christian Louboutin tetap disarung. Dengar kata dia boleh ‘bad mood’ kalau dilihat memakai flats. Victoria kelihatan berehat seketika di butik Marc Jacobs.  Harper pula disarung ‘mummy’nya dengan gaun Marie Chantal.

Kelihatan mudah sungguh mengandung dan melahirkan anak. Victoria Beckham ke sana ke mari membawa Harper dalam kesibukan kerjaya, dilihat bayi itu ibarat aksesori yang menjadi trend baru di Hollywood. Nota kepada Paris Hilton—Anda dan aksesori Tinkerbell Chihuahua anda tidak lagi unggul dalam senarai teratas. Kami sudah ada ilham aksesori baru…

 

 

 

 



Maher Zain di Sarawak
Nov
30

Kuching… Dua hari satu malam dari 19hb-20hb Nov aku ditugaskan ke sana oleh gua.com.my demi membuat liputan mengenai Maher Zain. Pada malam 19hb itu konsert Maher Zain berlangsung. Kami rombongan media dari Kuala Lumpur datang bertandang dalam kumpulan kecil—Melodi team, gua.com.my dan urtv.

Tiba di LCCT bunga-bunga kemesraan sudah ada. Tiba sahaja di Kuching masing-masing mula menunjukkan belang. Seronok ada yang tahu banyak mengenai bumi kenyalang ini. Lalu masing-masing tidak lama di kamar hotel.. Berjalan saja keliling Kuching.

Malamnya kami bersedia bertemu Maher Zain. Katanya 15 minit sahaja itu pun hanya Melodi dibenakan interbiu. Aku gigit jari tapi dapat jua hantar dua artikel. Pandai-pandai lah kan mencoret kata dari sudut pandangan aku.

Ini bukan abang Maher.. ini abang kamera Melodi… abang kepada penyanyi Winter Sonata versi Melayu.. teka?

Ruang solat disediakan di belakang pentas untuk Maher Zain.

Dan, ini lah kami sekumpulan kecil media dari semenanjung yang gila itu….

Esoknya, mengambil penerbangan petang, membuka peluang kami meneruskan adventure kami. Kami pergi cari kek lapis di rumah pembuatnya, kami naik sampan, kami jalan-jalan di water front dan pergi tengok orang hutan. Tiba di airport sampai semua dah lemau. Perjalanan ini menakjubkan sebab melengkapkan catatan perjalanan aku menjelajah seluruh Malaysia. yay!


Nov
28

WW Magazine
Nov
28

Jawatan terbaru di sini — Penyunting Kanan

Kembali ke majalah bukan satu kemahuan tetapi segala-galanya telah ditakdirkan begitu. Setelah bermati-matian menafikannya (konon mahu di dunia produksi) akhirnya aku di sini jua… :)


Kimora RT me…
Nov
28

Yes, lovely miss Kimora RT my twitter… lovely… Ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur, kebetulan aku di kampung merawat bonda tercinta… Tak apa dilain masa akan ku kejar dia… love love love her…


Nov
28

i love 30 Seconds to Mars, selepas menonton their concert live in KL


Especially him… Jared leto


Duo by mmz & mama liz
Nov
28

Lagi koleksi terbaru… :)

 

 

Call mmz 0173002909


duo by mmz and mama liz
Nov
28

Contact mmz 0173002909


Rock Star…
Jan
29

Mereka rock star hidup di dua benua berbeza tatapi mempunyai sisi persamaan di dalam kehidupan. Menurut pandangan mata ini mereka berdua merupakan penyanyi berusara lunak dan bergaya hebat dari segi penampilan. Dua-dua kalau beraksi di pentas memang superb. Mereka juga mampu mempertahankan populariti sehingga kini.

Stephen Victor Tallarico atau Steven Tyler dari kumpulan rock Aerosmith lahir pada 26 Mac 1948 (umur 63 tahun). Steven punya hubungan intim dengan lima wanita. Dia menempuh dua perkahwinan dan dua penceraian (dengan Cyrinda dan Teresa). Selain itu mempunyai empat anak—Liv Tyler (ibu Bebe), Mia Tyler (ibu Cyrinda), Chelsea (ibu Teresa) dan anak lelaki Taj (ibu Teresa).

Manakala Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search lahir pada 28 Julai 1958 (umur 53 tahun). Amy berkahwin sebanyak empat kali tetapi tiga perkahwinannya gagal. Kini dia bahagia hidup bersama Norish. Amy dikurniakan lima cahayamata—Nabila Huda (ibu Noorliza), Irisha Myra (ibu Roslisa), Alexander (ibu Norish), Sania Samara (ibu Norish) dan Qaqa (ibu Norish).

Ada satu lagi persamaan ketara Steven dan Tyler, apabila anak sulung mereka terlibat dengan dunia lakonan. Liv Tyler telah menawan Hollywood dengan bakat semula jadinya. Nurul Huda pula rancak berlakon filem dan drama tempatan.

Mereka juga dilihat melalui permaidani merah di acara hiburan dan setiap lensa pasti tertarik merakamkan duo hebat walaupun si ayah rock star manakala si anak bintang filem.

Mereka pernah digandingkan di sesi fotografi sama untuk publisiti.

Gambar mereka ketika sarat mengandung. Papa rock bakal bergelar grandpa rock.

Keluarga besar masing-masing dan agaknya mereka adalah grandpa rock paling sporting.

Loved so much… nonton Steven di American Idol. Serius!